Keyakinan mendalam
Bezel boleh putar Submariner ialah kunci kepada fungsi jam tangan ini. Senggatan 60 minit membolehkan penyelam memantau masa selaman serta penyahmampatan berhenti dengan tepat dan selamat.
Dihasilkan oleh Rolex daripada seramik keras dan tahan karat, sisipan bezel Cerachrom adalah amat tahan karat. Kapsul pendarkilau pada penanda sifar memudahkan pembacaan, tidak kira betapa gelap persekitarannya. Bezel dengan tombol-tombol kecil direka dengan cermat untuk menawarkan cengkaman yang sangat baik dalam air, walaupun menggunakan sarung tangan.
Paparan Chromalight pendarkilau pada permukaan ialah inovasi yang meningkatkan kebolehlihatan dalam persekitaran gelap dan ini merupakan satu ciri penting bagi penyelam.
Penanda jam dalam bentuk yang ringkas – segi tiga, bulatan, segi empat tepat – dan jarum jam serta minit yang lebar membolehkan bacaan serta-merta dan boleh dipercayai untuk mengelakkan sebarang risiko kekeliruan di dalam air.
Emas menjadi idaman kerana kilauan dan keunggulannya. Keluli menguatkan ketahanan dan kebolehpercayaan. Gabungan bahan ini teradun sebati dengan sifat terbaik masing-masing.
Tanda pengenalan Rolex yang sebenar, Rolesor telah ditampilkan pada model-model Rolex sejak awal 1930-an dan ditandakan sebagai nama dagangan pada tahun 1933. Ini merupakan tonggak koleksi Oyster Perpetual.
Rantai Oyster ialah keajaiban bentuk dan fungsi, estetika dan teknologi yang sempurna, yang direka untuk menjadi teguh dan selesa.
Ia dilengkapi dengan pengancing Oysterlock yang menghalang daripada terbuka tanpa sengaja, dan Glidelock yang bijak, yang membolehkan pelarasan halus rantai tanpa menggunakan apa-apa alatan - dan membolehkan jam tangan selesa dipakai bersama pakaian selam.
Rujukan 126613LN
Submariner Date
Hanya peruncit rasmi Rolex dibenarkan menjual dan menyenggara jam tangan Rolex. Dengan kemahiran, pengetahuan teknikal dan peralatan khas yang diperlukan, mereka menjamin ketulenan setiap bahagian Rolex anda dan membantu anda membuat pilihan yang akan kekal seumur hidup.
Jam tangan ini telah dipilih untuk anda. Tekan ikon hati untuk ditambah pada kegemaran anda.