Submariner

Menyelam ke dunia lain

Keyakinan mendalam

Ia adalah salah satu jam tangan Profesional kami yang pertama dan telah menjadi arketip jam tangan alat khusus untuk menyelam. Oyster Perpetual Submariner ialah, pada pelancarannya pada tahun 1953, jam tangan penyelam pertama kalis air sehingga 100 meter (330 kaki). Hari ini, di barisan hadapan teknologi pembuatan jam, Submariner dan Submariner Date dilengkapi dengan ciri-ciri yang memastikan kebolehpercayaan sebagai instrumen menyelam. Sepertimana mereka yang berani meneroka kedalaman lautan yang misteri, ramai pemakai telah memilih Submariner untuk menerokai pelbagai wilayah berbeza lain. Pada pergelangan tangan mereka, ia telah melepasi tujuan asalnya dan telah menjadi ikon yang diiktiraf di peringkat global.

Jam tangan alat yang mengikuti peredaran masa.

Submariner

Meneroka kedalaman

Kekalisan air

Kekalisan air: pencarian pengasas, cabaran berterusan.

Penyelam

Jam tangan penyelam perintis

Selama bertahun-tahun, Submariner telah mendapat manfaat daripada inovasi yang dibangunkan oleh Rolex, menjadikannya penanda aras abadi untuk jam tangan penyelam.

Submariner date

Evolusi jam tangan alat

Saya sedang memakai seutas Submariner sewaktu kali pertama melihat sendiri kapal Titanic melalui tingkap magun kapal selam, dan saya memakai jam tangan yang sama serta bertali leher hitam ketika naik ke pentas untuk menerima anugerah Oscar bagi pengarahan Titanic.

James Cameron
James Cameron

Melangkaui permukaan

  • Syot cantik
  • Submariner Date