Oyster Perpetual 31

Oyster, 31 mm, Oystersteel

Rujukan 277200

Hayati dunia Oyster anda

Oyster Perpetual 31 dengan permukaan hijau dan rantai Oyster.

Permukaan Hijau

Ketukangan bergerak seiring dengan teknologi tinggi

Rona yang ranggi dan terang ini terhasil daripada kepakaran dalaman yang luar biasa di Rolex, apabila ketukangan bergerak seiring dengan teknologi tinggi. Warna yang dicipta untuk rangkaian Oyster Perpetual bermula daripada lakuer, yang harus disapu dengan teliti dalam persekitaran atmosfera terkawal bagi mengelakkan habuk dan pencemaran lain.

Plat loyang bagi tapak permukaan disapu dengan lapisan demi lapisan lakuer, enam kesemuanya, untuk membentuk permukaan yang sekata dan seragam. Langkah terakhir adalah memvarnis dan menggilap untuk menyerlahkan lagi kecerahan dan kedalaman warna. Pelbagai inskripsi kemudiannya diukir secara percetakan pad serta penanda jam dan pemutar jam dipasang menggunakan tangan. Permukaan yang berkilau sempurna, kini sedia untuk diletakkan di atas gerakan pada fasa pemasangan jam tangan.

Oystersteel

Sangat tahan kakisan

Rolex menggunakan Oystersteel untuk penutup jam tangan keluli. Direka khas oleh Rolex, Oystersteel tergolong dalam keluarga keluli 904L, iaitu aloi yang paling biasa digunakan dalam teknologi tinggi dan industri ruang angkasa serta kimia, di mana rintangan maksimum terhadap kakisan adalah penting.

Oystersteel sangat tahan dan ia menawarkan kemasan luar biasa apabila digilap dan mengekalkan kilauan walaupun dalam persekitaran yang paling sukar.

Rantai Oyster

Keajaiban bentuk dan fungsi

Rantai Oyster ialah gabungan sempurna dari segi bentuk dan fungsi, estetika dan teknologi.

Kali pertama diperkenalkan pada hujung tahun 1930-an, rantai logam yang sangat teguh dan selesa dengan pautan tiga keping yang rata dan lebar ini kekal menjadi rantai yang paling universal dalam koleksi Oyster. Untuk model Oyster Perpetual, rantai Oyster dilengkapi dengan Oysterclasp.

Lagi butiran teknikal Oyster Perpetual

Rujukan 277200

Oyster Perpetual 31

Brosur

Muat turun brosur

Hubungi Peruncit Rasmi Rolex

Hanya peruncit rasmi Rolex dibenarkan menjual dan menyenggara jam tangan Rolex. Dengan kemahiran, pengetahuan teknikal dan peralatan khas yang diperlukan, mereka menjamin ketulenan setiap bahagian Rolex anda dan membantu anda membuat pilihan yang akan kekal seumur hidup.

Hubungi peruncit

Jam tangan yang mungkin anda suka

Jam tangan ini telah dipilih untuk anda. Tekan ikon hati untuk ditambah pada kegemaran anda.