Model baharu
Model baharu

Oyster Perpetual 28Oyster, 28 mm, emas Everose dan berlianRujukan 276245RBR

Oyster Perpetual 28, Oyster, 28 mm, emas Everose dan berlian, Permukaan : Mutiara tempurung putih bertatahkan berlian, Rolex
Oyster Perpetual 28, Oyster, 28 mm, emas Everose dan berlian, Permukaan : Mutiara tempurung putih bertatahkan berlian, Rolex

Kehebatan sejati

Oyster Perpetual 28 dalam emas Everose 18 karat dengan permukaan mutiara tempurung putih, bertatahkan berlian dan rantai Oyster.

Permukaan Mutiara Tempurung

Menyerlahkan kecantikan semula jadi

Permukaan ini mempunyai penanda jam dalam emas 18 karat pada pukul 3, 6 dan 9, bertatahkan 9 berlian. Mutiara tempurung penuh dengan sifat misteri dan kejutan. Bergantung pada tempat asal, mutiara boleh menjadi merah jambu, putih, hitam atau kuning. Terdapat perbezaan dari segi warna, keamatan dan struktur mengikut bahagian cangkerang yang diekstrak.

Di Rolex, mutiara tempurung tidak mempunyai warna tiruan. Sebaliknya, pengetahuan dan kemahiran yang tertentu akan digembleng untuk menonjolkan keindahan semula jadi dan memelihara warna asalnya. Oleh sebab semua permukaan mutiara tempurung adalah unik, permukaan yang serupa tidak akan ditemui pada pergelangan tangan orang lain.

Bezel bertatahkan berlian

Satu simfoni kilauan

Penatah permata secara halus mengukir logam berharga dengan tangan agar setiap batu permata terbenam dengan sempurna. Dengan seni dan kraf seorang pembuat barang kemas, batu itu diletakkan dengan cermat sejajar dengan batu yang lain, kemudian diletakkan semula berhati-hati dalam tatahan emas atau platinum.

Selain kualiti batu-batu itu sendiri, beberapa kriteria lain juga turut menyumbang kepada keindahan penetapan permata Rolex: penjajaran ketinggian permata yang tepat, orientasi dan kedudukan, ketetapan, kekuatan dan pembahagian penetapan serta kemasan yang rumit pada kerja logam. Satu simfoni kilauan untuk meningkatkan jam tangan dan pesona si pemakai.

Emas Everose 18 karat

Paten eksklusif

Untuk memelihara keanggunan jam tangan emas merah jambu, Rolex telah mencipta dan mempatenkan aloi emas merah jambu 18 karat yang dihasilkan di faundri sendiri: Emas Everose.

Diperkenalkan pada tahun 2005, emas Everose 18 karat digunakan di semua model Rolex Oyster dalam emas merah jambu.

Rantai Oyster

Keajaiban bentuk dan fungsi

Rantai Oyster ialah gabungan sempurna dari segi bentuk dan fungsi, estetika dan teknologi.

Kali pertama diperkenalkan pada hujung tahun 1930-an, rantai logam yang sangat teguh dan selesa dengan pautan tiga keping yang rata dan lebar ini kekal menjadi rantai yang paling universal dalam koleksi Oyster. Untuk model Oyster Perpetual, rantai Oyster dilengkapi dengan Oysterclasp.

Lagi Oyster Perpetual butiran teknikal

Rujukan 276245RBR

Oyster Perpetual 28

Brosur

Muat turun brosur

Hubungi Peruncit Rasmi Rolex

Hanya peruncit rasmi Rolex dibenarkan menjual dan menyenggara jam tangan Rolex. Dengan kemahiran, pengetahuan teknikal dan peralatan khas yang diperlukan, mereka menjamin ketulenan setiap bahagian Rolex anda dan membantu anda membuat pilihan yang akan kekal seumur hidup.

Jam tangan yang mungkin anda suka

Jam tangan ini telah dipilih untuk anda. Tekan ikon hati untuk ditambah pada kegemaran anda.