Keberanian Kecemerlangan

Lady-Datejust

Wanita perintis selalunya merupakan asas dalam Sejarah Rolex.

Sejak zaman terawal jenama ini, mereka telah memberi inspirasi kepada penciptaan dan pembangunan jam tangan khas yang akan menyokong usaha mereka untuk pemerkasaan. Lady-Datejust adalah sambutan bagi mereka yang berani memimpin. Ia merangkumi ketepatan sambil menggabungkan keanggunan klasik dan prestasi teknikal.

 

Yang kelihatan dalam filem ialah: Sonya Yoncheva, Yuja Wang, Mercedes Gleitze, Garbiñe Muguruza, Kathryn Bigelow, Londiwe Khoza, Chris Evert, Khoudia Touré, Lindsey Vonn, Angelique Kerber, Lexi Thompson, Lara Gut-Behrami, Sloane Stephens, Meredith Michaels-Beerbaum, Sheila Scott, Christine Janin, Grace Kelly, Isabell Werth, Dame Kiri Te Kanawa, Anoushka Shankar dan Sylvia Earle.

Untuk mencapai tempat teratas memerlukan lebih daripada kerja keras.

Ia memerlukan visi dan keazaman. Sama ada mereka seorang atlet, artis, penjelajah atau saintis, ahli keluarga Rolex ini semuanya adalah tokoh yang luar biasa. Apa yang membezakan mereka adalah keazaman dan keghairahan luar biasa mereka untuk berkembang maju. Kisah mereka menginspirasi kami untuk menerima cabaran baharu dan mengikuti impian kami.

Wanita yang Memberikan Inspirasi

Dengan semangat perintis dan pencapaian mereka yang menggagumkan, ahli-ahli keluarga Rolex berkait rapat dengan nilai teras jenama ini. Setiap jam tangan untuk wanita adalah peringatan tentang kehebatan masa lalu dan simbol untuk masa depan yang memberikan inspirasi.

 

  • Grace Kelly Lambang keanggunan elegan
  • Sonya Yoncheva Bakat murni dan kerja keras
  • Yuja Wang Klasik, dicipta semula
  • Mercedes Gleitze Berenang menjadi sejarah
  • Garbiñe Muguruza Impian seorang kanak-kanak menjadi kenyataan
  • Chris Evert Kekuatan dan keanggunan
  • Lara Gut-Behrami Mencapai ketinggian baharu
  • Khoudia Touré Berbicara melalui tarian
  • Isabell Werth Legenda dressage
  • Anna Nordqvist Bintang lintasan
  • Dame Kiri Te Kanawa Suara yang mengharukan dunia
  • Anoushka Shankar Inovasi melalui tradisi
  • Sylvia Earle “Ratu Laut Dalam”
  • Thao Nguyen Phan Identiti budaya melalui seni multimedia
  • Gloria Cabral Membina atas kepercayaan
  • Belinda Bencic Juara yang gigih
  • Pat Smythe Penunggang kuda perintis

Wanita yang mengubah dunia

Wanita perintis sedang mengubah dunia. Lima Pemenang Rolex, yang membuktikan kepintaran, keazaman dan inovasi, menceritakan kisah mereka.

Kongsi halaman ini