Seruan puncak gunung
Permukaan ialah wajah yang unik bagi jam tangan Rolex, iaitu ciri yang paling mencerminkan identiti dan kebolehbacaan. Ciri model Explorer iaitu angka 3, 6 dan 9 diisi dengan bahan pendarkilau yang memancarkan cahaya biru yang tahan lama, seperti penanda dan jarum jam.
Sepertimana kesemua jam tangan Rolex, permukaan Explorer 36 direka dan dihasilkan sendiri secara dalaman, kebanyakannya menggunakan tangan untuk memastikan kesempurnaan.
Oyster Perpetual Explorer 36 menerapkan semangat yang segar pada garisan polos lagi rapi yang telah lama menjadikan model ini ikonik.
Bezel yang licin pada Oystersteel adalah kukuh lagi elegan, dan begitu serasi dengan warisan Explorer yang ikonik.
Rolex menggunakan Oystersteel untuk penutup jam tangan keluli. Direka khas oleh Rolex, Oystersteel tergolong dalam keluarga keluli 904L, iaitu aloi yang paling biasa digunakan dalam teknologi tinggi dan industri ruang angkasa serta kimia, di mana rintangan maksimum terhadap kakisan adalah penting.
Oystersteel sangat tahan dan ia menawarkan kemasan luar biasa apabila digilap dan mengekalkan kilauan walaupun dalam persekitaran yang paling sukar.
Rantai Oyster ialah keajaiban bentuk dan fungsi, estetika dan teknologi yang sempurna, yang direka untuk menjadi teguh dan selesa. Ia dilengkapi dengan pengancing lipat Oysterlock yang menghalang daripada terbuka tanpa sengaja dan pautan sambungan keselesaan Easylink yang juga eksklusif untuk Rolex.
Sistem yang bijak ini membolehkan pemakai memanjangkan lagi panjang rantai sehingga kira-kira 5 mm agar dapat memberikan keselesaan tambahan dalam apa jua keadaan.
Rujukan 124270
Explorer 36
Hanya peruncit rasmi Rolex dibenarkan menjual dan menyenggara jam tangan Rolex. Dengan kemahiran, pengetahuan teknikal dan peralatan khas yang diperlukan, mereka menjamin ketulenan setiap bahagian Rolex anda dan membantu anda membuat pilihan yang akan kekal seumur hidup.
Jam tangan ini telah dipilih untuk anda. Tekan ikon hati untuk ditambah pada kegemaran anda.