Pandangan udara gelanggang tenis tanah liat Stadio dei Marmi yang dikelilingi patung klasik dan bangku penonton semasa Terbuka Itali BNL di Rom

Terbuka Itali BNL

Terbuka Itali BNL ialah kejohanan gelanggang tanah liat berprestij tinggi yang menggabungkan acara ATP Masters 1000 dan WTA 1000, serta menjadi satu daripada ujian kejohanan utama terakhir sebelum Roland-Garros.

Penjaga Masa Rasmi sejak 2009
Jannik Sinner melompat untuk melakukan pukulan kilas di gelanggang tanah liat semasa Terbuka Itali BNL

Tenis di Kota Abadi

Selaku Penjaga Masa Rasmi bagi Jelajah Persatuan Pemain Tenis Profesional (ATP) sejak 2013 dan Jelajah Persatuan Tenis Wanita (WTA) sejak 2025, Rolex menyokong kejohanan Terbuka Itali BNL sebagai sebahagian daripada komitmen global terhadap sukan tenis yang merangkumi keempat-empat kejohanan Grand Slam® serta acara paling berprestij yang lain dalam sukan tenis.

Sejak 2023, kejohanan ini menggunakan format yang dilanjutkan kepada 12 hari dengan 96 pemain bagi acara perseorangan, selaras dengan kejohanan Masters 1000 yang terbesar.

Sejarah hampir satu abad

Terbuka Itali ialah kejohanan kebangsaan yang turut dikenali dengan pelbagai nama lain sepanjang tahun. Ketika pertama kali diadakan pada 1930, edisi sulung kejohanan ini berlangsung di Milan. Pada 1935, kejohanan ini berpindah ke Foro Italico di Rom dan terus diadakan di lokasi tersebut hingga kini. Sebagai antara kejohanan gelanggang tanah liat tertua di dunia, Terbuka Itali telah menjadi sebahagian daripada siri peringkat tertinggi Jelajah ATP sejak 1990 dan Jelajah WTA sejak 2021.

Para penonton duduk di bangku stadium, di bawah patung batu dan pokok pain payung semasa Terbuka Itali BNL
Pandangan sudut tinggi perlawanan tenis di gelanggang tanah liat dengan penonton memenuhi tempat duduk di sekeliling gelanggang semasa Terbuka Itali BNL di Rom

Foro Italico ialah sebuah kompleks berbilang sukan yang gah di bahagian utara Rom, direka bentuk oleh arkitek, Enrico Del Debbio, dan dirasmikan pada 1934. Terbuka Itali berlangsung di satu daripada lokasi sukan dengan seni bina yang paling luar biasa. Stadio Centrale mampu memuatkan lebih 10,400 penonton, manakala Stadio Nicola Pietrangeli yang terkenal dengan 18 patung marmar dan kira-kira 3,500 tempat duduk dikenali umum sebagai antara gelanggang tenis tercantik di dunia.