Penutup dan gerakan dipasang di dalam penutup luar kedua, yang dilekatkan tali dan diskrukan bezel serta kristal untuk memastikan kekedapan air. Hal ini bermakna tindakan mengakses putaran jam untuk memutarkan jam tangan atau menetapkan masa memerlukan pembukaan penutup luar.
Walaupun Submarine terbukti tidak praktikal, Submarine menandakan langkah pertama usaha Hans Wilsdorf mencipta penutup jam yang kedap sepenuhnya dan mudah digunakan. Penutup yang kedap udara ini diperkenalkan pada tahun 1926. Bahagian ini menampilkan sistem bezel, penutup belakang dan putaran jam pusingan yang diskurukan yang bijak.
Dengan terciptanya Oyster, jelas pengasas Rolex itu, jam tangan tidak perlu ditanggalkan lagi untuk mencuci tangan atau mandi, semasa bekerja di bengkel yang berdebu atau ketika berpeluh berlebihan. Jam tangan revolusioner ini telah diuji pada tahun 1927, apabila perenang British, Mercedes Gleitze, menghabiskan lebih 10 jam di perairan yang sangat sejuk di antara Perancis dengan England semasa berenang merentasi Selat tersebut. Beliau memakai jam tangan Oyster emas, yang tidak mengalami sebarang kerosakan.
“Walau apa pun yang terjadi, anda pasti tidak akan kecewa ketika memakai Oyster.” Janji Hans Wilsdorf yang terpateri telah menyebabkan Oyster dipilih dan dipercayai oleh ramai perintis termasuklah pendaki puncak tertinggi dan penjelajah lautan yang paling dalam.