
Everose
Kilauan Everose
Ini ialah emas Everose, aloi emas merah jambu 18 karat eksklusif kami dengan warna yang unik. Diperkenalkan pada tahun 2005, ia mempunyai kilauan dan daya ketahanan yang luar biasa. Dibangunkan oleh pakar kami, ia mengandungi sekurang-kurangnya 75% emas, 20% tembaga, serta paladium dan indium.
Formula tepat aloi ini masih menjadi rahsia, tetapi ia mempunyai satu atribut yang dapat dilihat oleh semua orang: warna yang tiada tandingan dan tidak pudar. Ini kerana kami berdedikasi untuk mengawal sepenuhnya kualiti aloi tersebut sehingga kami hanya menyediakan aloi ini di faundri kami sendiri di Geneva. Di sinilah juga kami membentuk disiplin agar tidak berpuas hati dengan apa yang ada, dan sentiasa berusaha untuk mencapai tahap yang lebih tinggi. Dengan memanfaatkan sifat fizikal dan kimia tertentu, kami berjaya membentuk aloi ini mengikut piawaian kami, menghasilkan warna keemasan beronakan aurora pekat ini. Dicipta untuk berkilauan di pergelangan anda.
