Oyster Perpetual 31Oyster, 31 mm, OystersteelRujukan 277200
Kehebatan sejati
Oyster Perpetual 31 dalam Oystersteel dengan permukaan motif Jubilee pelbagai warna dan rantai Oyster.
Permukaan aneka warna
Motif grafik dan berwarna-warni
Dengan cara yang paling halus namun moden, permukaan Oyster Perpetual 31 menerapkan kembali motif Jubilee yang diperkenalkan pada akhir tahun 1970-an, yang sejak itu telah menjadi ikonik.
Huruf-huruf nama Rolex dipaparkan dalam interaksi kontras antara tidak kurang daripada sepuluh warna. Penghasilan corak ini begitu mencabar kerana warna-warna tidak diterapkan sekali gus, tetapi satu demi satu. Ketepatan tertinggi juga diperlukan untuk memastikan semua bentuk dan huruf yang membentuk motif diletakkan dengan sempurna.
Oystersteel
Sangat tahan kakisan
Rolex menggunakan Oystersteel untuk penutup jam tangan keluli. Direka khas oleh Rolex, Oystersteel tergolong dalam keluarga keluli 904L, iaitu aloi yang paling biasa digunakan dalam teknologi tinggi dan industri ruang angkasa serta kimia, di mana rintangan maksimum terhadap kakisan adalah penting.
Oystersteel sangat tahan dan ia menawarkan kemasan luar biasa apabila digilap dan mengekalkan kilauan walaupun dalam persekitaran yang paling sukar.
Rantai Oyster
Keajaiban bentuk dan fungsi
Rantai Oyster ialah gabungan sempurna dari segi bentuk dan fungsi, estetika dan teknologi.
Kali pertama diperkenalkan pada hujung tahun 1930-an, rantai logam yang sangat teguh dan selesa dengan pautan tiga keping yang rata dan lebar ini kekal menjadi rantai yang paling universal dalam koleksi Oyster. Untuk model Oyster Perpetual, rantai Oyster dilengkapi dengan Oysterclasp.
Lagi Oyster Perpetual butiran teknikal
Rujukan 277200
Oyster Perpetual 31
Brosur
Hubungi Peruncit Rasmi Rolex
Hanya peruncit rasmi Rolex dibenarkan menjual dan menyenggara jam tangan Rolex. Dengan kemahiran, pengetahuan teknikal dan peralatan khas yang diperlukan, mereka menjamin ketulenan setiap bahagian Rolex anda dan membantu anda membuat pilihan yang akan kekal seumur hidup.
Jam tangan yang mungkin anda suka
Jam tangan ini telah dipilih untuk anda. Tekan ikon hati untuk ditambah pada kegemaran anda.