Model baharu
Model baharu

Oyster Perpetual 28Oyster, 28 mm, emas EveroseRujukan 276205

Oyster Perpetual 28, Oyster, 28 mm, emas Everose, Permukaan : Hitam, Rolex
Oyster Perpetual 28, Oyster, 28 mm, emas Everose, Permukaan : Hitam, Rolex

Kehebatan sejati

Oyster Perpetual 28 dalam emas Everose 18 karat dengan permukaan hitam dan rantai Oyster.

Permukaan hitam

Ketukangan bergerak seiring dengan teknologi tinggi

Permukaan ini menampilkan penanda jam dalam batu semula jadi pada pukul 3, 6 dan 9. Warna yang dicipta untuk rangkaian Oyster Perpetual bermula daripada lakuer, yang harus disapu dengan teliti dalam persekitaran atmosfera terkawal bagi mengelakkan habuk dan pencemaran lain.

Plat loyang bagi tapak permukaan disapu dengan lapisan demi lapisan lakuer, enam kesemuanya, untuk membentuk permukaan yang sekata dan seragam. Langkah terakhir adalah memvarnis dan menggilap untuk menyerlahkan lagi kecerahan dan kedalaman warna. Pelbagai inskripsi kemudiannya diukir secara percetakan pad serta penanda jam dan pemutar jam dipasang menggunakan tangan. Permukaan yang berkilau sempurna, kini sedia untuk diletakkan di atas gerakan pada fasa pemasangan jam tangan.

Emas Everose 18 karat

Paten eksklusif

Untuk memelihara keanggunan jam tangan emas merah jambu, Rolex telah mencipta dan mempatenkan aloi emas merah jambu 18 karat yang dihasilkan di faundri sendiri: Emas Everose.

Diperkenalkan pada tahun 2005, emas Everose 18 karat digunakan di semua model Rolex Oyster dalam emas merah jambu.

Rantai Oyster

Keajaiban bentuk dan fungsi

Rantai Oyster ialah gabungan sempurna dari segi bentuk dan fungsi, estetika dan teknologi.

Kali pertama diperkenalkan pada hujung tahun 1930-an, rantai logam yang sangat teguh dan selesa dengan pautan tiga keping yang rata dan lebar ini kekal menjadi rantai yang paling universal dalam koleksi Oyster. Untuk model Oyster Perpetual, rantai Oyster dilengkapi dengan Oysterclasp.

Lagi Oyster Perpetual butiran teknikal

Rujukan 276205

Oyster Perpetual 28

Brosur

Muat turun brosur

Hubungi Peruncit Rasmi Rolex

Hanya peruncit rasmi Rolex dibenarkan menjual dan menyenggara jam tangan Rolex. Dengan kemahiran, pengetahuan teknikal dan peralatan khas yang diperlukan, mereka menjamin ketulenan setiap bahagian Rolex anda dan membantu anda membuat pilihan yang akan kekal seumur hidup.

Jam tangan yang mungkin anda suka

Jam tangan ini telah dipilih untuk anda. Tekan ikon hati untuk ditambah pada kegemaran anda.