Menyamai model asal
Pada permukaan batu metamorfik– warna baharu untuk rangkaian Oyster Perpetual – tulisan ‘100 years’ tertera pada pukul 6 bagi menggantikan tanda ‘Switzerland Made’ yang biasa.
Selain itu, setiap selang lima minit pada landasan minit ditandakan dengan segi empat sama hijau, manakala nama ‘Rolex’ dicetak dengan warna hijau yang sama, iaitu warna lambang jenama ini.
Emas menjadi idaman kerana kilauan dan keunggulannya. Keluli menguatkan ketahanan dan kebolehpercayaan. Gabungan bahan ini teradun sebati dengan sifat terbaik masing-masing.
Tanda pengenalan Rolex yang sebenar, Rolesor telah ditampilkan pada model-model Rolex sejak awal 1930-an dan ditandakan sebagai nama dagangan pada tahun 1933. Ini merupakan tonggak koleksi Oyster Perpetual.
Rantai Oyster ialah gabungan sempurna dari segi bentuk dan fungsi, estetika dan teknologi.
Kali pertama diperkenalkan pada hujung tahun 1930-an, rantai logam yang sangat teguh dan selesa dengan pautan tiga keping yang rata dan lebar ini kekal menjadi rantai yang paling universal dalam koleksi Oyster. Untuk model Oyster Perpetual, rantai Oyster dilengkapi dengan Oysterclasp.
Rujukan 126003
Oyster Perpetual 36
Hanya peruncit rasmi Rolex dibenarkan menjual dan menyenggara jam tangan Rolex. Dengan kemahiran, pengetahuan teknikal dan peralatan khas yang diperlukan, mereka menjamin ketulenan setiap bahagian Rolex anda dan membantu anda membuat pilihan yang akan kekal seumur hidup.
Jam tangan ini telah dipilih untuk anda. Tekan ikon hati untuk ditambah pada kegemaran anda.