Keanggunan elegan

Oyster Perpetual Lady-Datejust ini dalam emas Everose 18 karat mempunyai permukaan coklat, dipasangkan dengan berlian dan rantai Jubilee.

Permukaan coklat

Satu teknik pembuatan jam tangan

Permukaan ini mempunyai berlian bertatahkan emas 18 karat, dan Roman IX dipasangkan dalam emas 18 karat dengan 8 berlian. Kemasan sinaran cahaya matahari menghasilkan pantulan cahaya yang halus pada kebanyakan permukaan dalam koleksi Oyster Perpetual. Kemasan ini digarap menerusi kemahiran teknik memberus yang menghasilkan alur yang memencar keluar dari tengah permukaan.

Cahaya meresap secara konsisten di sepanjang setiap ukiran, mewujudkan sinaran halus yang unik yang terhasil bergantung pada kedudukan pergelangan tangan. Setelah kemasan sinaran cahaya matahari selesai, warna permukaan diterapkan menggunakan Pemendapan Wap Fizikal atau pengelektrosaduran. Lapisan varnis yang nipis memberikan penampilan akhir pada permukaan.

Bezel berjejalur

Tanda pengenalan Rolex

Bezel berjejalur Rolex ialah lambang kelainan. Pada asalnya, jejalur bezel Oyster mempunyai tujuan fungsian: digunakan untuk memasang bezel pada penutup bagi memastikan jam tangan itu kalis air.

Oleh itu, jejalur ini sama dengan jejalur penutup belakang yang juga diskrukan pada penutup supaya kalis air dengan menggunakan alatan khusus Rolex. Lama-kelamaan, jejalur itu menjadi elemen estetik, satu ciri asli yang menjadi tanda pengenalan Rolex. Kini, bezel berjejalur ialah satu tanda kelainan, dalam emas pada Lady-Datejust ini.

Emas Everose 18 karat

Paten eksklusif

Untuk memelihara keanggunan jam tangan emas merah jambu, Rolex telah mencipta dan mempatenkan aloi emas merah jambu 18 karat yang dihasilkan di faundri sendiri: Emas Everose.

Diperkenalkan pada tahun 2005, emas Everose 18 karat digunakan di semua model Rolex Oyster dalam emas merah jambu.

Rantai Jubilee

Selanjar dan selesa

Reka bentuk, pembangunan dan penghasilan rantai dan pengancing Rolex, serta ujian ketat yang dijalani, melibatkan teknologi tinggi termaju.

Tambahan pula, seperti semua komponen jam tangan, kawalan estetika oleh mata manusia menjamin kecantikan yang sempurna. Jubilee, iaitu rantai logam yang mempunyai pautan lima keping yang lembut dan selesa, direka dan dibuat khas untuk pelancaran Oyster Perpetual Datejust pada tahun 1945.

Lagi butiran teknikal Lady-Datejust

Rujukan 279175

Lady-Datejust

Brosur

Muat turun brosur

Hubungi Peruncit Rasmi Rolex

Hanya peruncit rasmi Rolex dibenarkan menjual dan menyenggara jam tangan Rolex. Dengan kemahiran, pengetahuan teknikal dan peralatan khas yang diperlukan, mereka menjamin ketulenan setiap bahagian Rolex anda dan membantu anda membuat pilihan yang akan kekal seumur hidup.

Hubungi peruncit

Jam tangan yang mungkin anda suka

Jam tangan ini telah dipilih untuk anda. Tekan ikon hati untuk ditambah pada kegemaran anda.