Pengembara tegar

Pembina hubungan

GMT-Master II ialah jam tangan mereka yang menjalin hubungan merentasi sempadan, sama ada geografi, simbolik atau budaya. Sejak awalnya, model itu dipilih oleh individu yang luar biasa - penerbang, angkasawan dan penjelajah - yang membantu membentuk kisahnya yang luar biasa. Testimoni Rolex yang memakai jam tangan hari ini adalah pengganti mereka yang layak.

Formula 1

Testimoni Rolex sejak tahun 1968

Sir Jackie Stewart

Sir Jackie Stewart

Formula untuk berjaya

Sir Jackie Stewart ialah salah seorang tokoh yang paling simbolik dalam perlumbaan permotoran. Pencapaiannya menjadikan beliau salah seorang pemandu Formula 1® yang paling gah sepanjang 60 tahun yang lalu. Juara Scotland itu mengambil bahagian dalam 99 perlumbaan Grands Prix, memenangi 27, menamatkan 43 kali di podium dan mendapat tiga gelaran kejuaraan dunia (1969, 1971 dan 1973). Sejak tahun 1969, beliau tetap sangat menyukai GMT-Masternya: “Itulah jam tangan yang mungkin saya pakai lebih daripada yang lain. Saya suka jam itu, ia sangat bagus.”

Testimoni Rolex sejak tahun 2016

Garbiñe Muguruza

Garbine Muguruza

Dari Caracas ke Madrid

Garbiñe Muguruza mempunyai rekod hebat gelaran Grand Slam®, termasuk kemenangan di Roland-Garros pada tahun 2016 dan Kejohanan Wimbledon pada tahun 2017, tahun beliau menjadi No. 1 Dunia. Pada bulan November 2021, beliau menambah satu kejayaan lagi dengan memenangi Pusingan Akhir WTA, kejuaraan akhir musim jelajah wanita. Berbakat pada usia masih kecil, Muguruza baru berusia lima tahun apabila keluarganya memutuskan untuk meninggalkan Venezuela dan menetap di Sepanyol supaya beliau dapat meneruskan latihannya. GMT-Master II dalam emas putih 18 karat dengan dail meteorit yang dipakainya ialah jambatan simbolik merentasi Atlantik.

Garbiñe Muguruza

Testimoni Rolex sejak tahun 2012

Tiger Woods

Tiger Woods

Jam tangan juara

Pada tahun 2019, Tiger Woods merangkul gelaran Masters kelimanya di Augusta, 22 tahun selepas pertama kali memenangi kejohanan itu. Ia merupakan kemenangan kejuaraan Utama ke-15 beliau. Malah, beliau adalah satu-satunya pemain golf di dunia yang memenangi empat kejohanan Utama berturut-turut, satu pencapaian yang dikenali sebagai 'Tiger Slam'. Sang juara itu juga telah membantu meningkatkan populariti golf di seluruh dunia. Woods memakai GMT-Master II dalam versi Rolesor kuning dengan sisipan bezel Cerachrom dalam seramik hitam.

Tiger Woods