Explorer

Seruan puncak gunung

Oyster Perpetual Explorer dan Explorer II berevolusi dari penglibatan Rolex yang mendalam dalam penjelajahan.

Mereka pergi di mana tiada sesiapa yang mahu pergi. Jenama ini dapat menguji jam tangan ini dalam kehidupan sebenar dengan melengkapi ekspedisi kutub, pendakian dan penjelajahan gua selama bertahun-tahun.

Beberapa penjelajah, pendaki gunung dan saintis yang paling berani di dunia telah membawa jam tangan Explorer dan Explorer II ke tempat yang menguji kebolehpercayaannya dalam keadaan yang paling sukar.

 

  • Direka bentuk
    untuk penjelajahan

    Reka bentuk

  • Explorer, dilancarkan pada tahun 1953, membezakan dirinya melalui reka bentuk mudah serta dail hitam yang sangat mudah dibaca dengan penanda jam besar dan angka 3, 6, 9 yang menjadi cirinya. Ia adalah sebuah jam tangan alatan yang dicipta untuk memberitahu masa dengan tepat dalam apa jua keadaan. Dengan saiz 36 mm, Explorer generasi baharu kembali ke ukuran model asal yang dilancarkan pada tahun 1953.

  • Anda boleh mengetahui masa walaupun cahaya telah lama hilang. Penanda dan jarum jam Chromalight Explorer mengandungi bahan pendarkilau yang memancarkan cahaya biru berpanjangan untuk memastikan keterbacaan yang sangat baik walaupun dalam kegelapan. Pada waktu siang, unsur paparan ini juga memancarkan rona putih yang terang.

  • Pada tahun 1971, Explorer II diperkenalkan dan dengan semangat yang sama seperti Explorer, ia meneruskan hubungan istimewa yang Rolex nikmati bersama penjelajahan.

  • Explorer II mempunyai paparan tarikh, jarum 24 jam tambahan berwarna oren dan bezel tetap berserta senggatan 24 jam yang membolehkan pembezaan waktu siang dan malam. Ia menjadi jam tangan pilihan bagi ahli speleologi, ahli volkanologi dan penjelajah-penjelajah kutub.

  • Merintang
    Ekstrem

    Ciri-ciri

  • Jarum tambahan 24 jam berbentuk anak panah Explorer II berputar pada dail sekali sehari dan terhubung dengan bezel tetap yang diukir. Ia boleh menunjukkan masa dalam zon masa kedua atau format 24 jam – suatu pilihan praktikal untuk tempat-tempat yang mustahil untuk membezakan siang dan malamnya seperti di kutub atau di dalam gua.

  • Explorer boleh didapati dalam Oystersteel atau dalam versi Rolesor kuning, manakala jam tangan Explorer II diperbuat daripada Oystersteel. Direka khas oleh Rolex, Oystersteel ialah aloi unik dengan kekuatan dan kejelasan yang tiada tandingannya. Tahan kakisan dan direka untuk keadaan yang paling mencabar, ia adalah sebahagian daripada ciri yang menjadikan Oyster Perpetual Explorer dan Explorer II alat-alat penting bagi setiap penjelajah.

  • Jam tangan dalam rangkaian Explorer dilengkapkan dengan rantai Oyster. Dibangunkan pada penghujung tahun 1930-an, rantai yang mempunyai penghubung tiga keping ini dikenali dengan kekukuhannya. Rantai Oyster mempunyai kancing keselamatan berlipat Oysterlock yang direka bentuk dan dipatenkan oleh Rolex, yang menghalang daripada terbuka tanpa sengaja. Ia juga dilengkapi dengan pautan sambungan keselesaan Easylink yang dibangunkan oleh jenama bagi membolehkan pemakai dengan mudahnya mengubah kepanjangan rantai sehingga kira-kira 5 mm. Sebagai tambahan, satu sistem pelekapan terlindung untuk memastikan ianya tidak berkelium dan selanjar diantara rantai dan penutup.

  • Belitan putaran jam Twinlock pada Explorer dan Explorer II dilengkapi dengan sistem kalis air berganda. Ia mempunyai dua zon tertutup, satu di dalam tiub dan yang lain di dalam putaran jam. Prinsip ini digunakan pada kebanyakan jam tangan koleksi Oyster yang dijamin kalis air sehingga kedalaman 100 meter (330 kaki).

  • Explorer dilengkapi dengan kaliber 3230 dan Explorer II pula dengan kaliber 3285, kedua-dua mekanisme mekanikal automatik ini dibangunkan dan dihasilkan sepenuhnya oleh Rolex. Ia mempunyai pegas rambut Parachrom yang memberikan kestabilan yang hebat dalam menghadapi kepelbagaian suhu dan penyerap kejutan Paraflex pula menawarkan ketahanan yang luar biasa terhadap kejutan.

  • Kaliber 3230
    Explorer dilengkapi dengan kaliber 3230
  • Kaliber 3285
    Explorer II dilengkapi dengan kaliber 3285
  • Menjawab
    Panggilan 
    Yang tidak diketahui

    Alam semesta

  • 1950-an
    Jam tangan ekspedisi Oyster Perpetual
  • 1953, Everest
    Sir Edmund Hillary dan Tenzing Norgay
  • Dari tahun 1930-an, Rolex mula melengkapi pelbagai ekspedisi dengan jam tangan Oyster. Maklum balas yang diterima selama bertahun-tahun telah digunakan untuk membangunkan apa yang dikenali sebagai kategori jam tangan Profesional yang berfungsi sebagai alatan: seperti model Explorer dan Explorer II.

  • 1953
    Explorer Pertama
  • Maklumat yang diperoleh daripada ekspedisi Everest ini serta maklum balas yang diberikan oleh para pendaki lain telah memimpin Rolex untuk melancarkan jam tangan Explorer. Setelah itu, prestasi model Explorer dipertingkatkan dengan penutup yang diperkuatkan serta permukaan yang lebih mudah dibaca bagi memenuhi keperluan keadaan ekstrem.

  • 1971
    Explorer II Pertama
  • Selama bertahun-tahun, ramai penjelajah, pendaki gunung dan ahli sains telah menjadi Testimoni Rolex. Mereka memecahkan rekod dan menguji ketahanan serta keberanian mereka dalam pelbagai cara yang kreatif dan selalunya mereka dilengkapi dengan jam tangan Explorer dan Explorer II.

Hubungi Peruncit mengenai Explorer

Hanya Peruncit Rasmi Rolex dibenarkan untuk menjual jam tangan Rolex. Dengan kemahiran dan pengetahuan teknikal yang diperlukan, mereka akan membantu anda membuat pilihan yang akan kekal seumur hidup.

Kongsi halaman ini