Deepsea
Mengatasi segala kemungkinan
Bezel bersenggat 60 minit, boleh putar satu arah Rolex Deepsea membolehkan penyelam memantau masa selaman serta penyahmampatan mereka dengan tepat dan selamat.
Jam ini dilengkapi dengan sisipan bezel Cerachrom hitam yang dipatenkan dan dihasilkan oleh Rolex dalam seramik kalis calar yang warnanya tidak terjejas oleh sinar ultraungu matahari. Senggatan disalut melalui proses PVD (Pemendapan Wap Fizikal) dengan lapisan platinum yang nipis. Permukaan menampilkan jarum dan penanda jam Chromalight yang besar yang dipenuhi dengan bahan pendarkilau yang memancarkan cahaya biru berpanjangan agar dapat dibaca dengan jelas ketika gelap.
Paparan Chromalight pendarkilau pada permukaan ialah inovasi yang meningkatkan kebolehlihatan dalam persekitaran gelap dan ini merupakan satu ciri penting bagi penyelam.
Penanda jam dalam bentuk yang ringkas – segi tiga, bulatan, segi empat tepat – dan jarum jam serta minit yang lebar membolehkan bacaan serta-merta dan boleh dipercayai untuk mengelakkan sebarang risiko kekeliruan di dalam air.
Rolex menggunakan Oystersteel untuk penutup jam tangan keluli. Direka khas oleh Rolex, Oystersteel tergolong dalam keluarga keluli 904L, iaitu aloi yang paling biasa digunakan dalam teknologi tinggi dan industri ruang angkasa serta kimia, di mana rintangan maksimum terhadap kakisan adalah penting.
Oystersteel sangat tahan dan ia menawarkan kemasan luar biasa apabila digilap dan mengekalkan kilauan walaupun dalam persekitaran yang paling sukar.
Rantai Oyster ialah keajaiban bentuk dan fungsi, estetika dan teknologi yang sempurna, yang direka untuk menjadi teguh dan selesa.
Ia dilengkapi dengan pengancing Oysterlock yang menghalang daripada terbuka tanpa sengaja, dan Glidelock yang bijak, yang membolehkan pelarasan halus rantai tanpa menggunakan apa-apa alatan - dan membolehkan jam tangan selesa dipakai bersama pakaian selam.
Rujukan 136660
Rolex Deepsea
Hanya peruncit rasmi Rolex dibenarkan menjual dan menyenggara jam tangan Rolex. Dengan kemahiran, pengetahuan teknikal dan peralatan khas yang diperlukan, mereka menjamin ketulenan setiap bahagian Rolex anda dan membantu anda membuat pilihan yang akan kekal seumur hidup.
Jam tangan ini telah dipilih untuk anda. Tekan ikon hati untuk ditambah pada kegemaran anda.