Patrick Rafter
Juara tenis dan kemanusiaan
Patrick Rafter, pemain tenis Australia yang terkenal dikenang kerana kemenangan berturut-turut Terbuka Amerika Syarikat dan semangat kesukanan yang wajar dicontohi.
Gaya tersendiri
Terkenal dengan gaya servis dan maju yang lincah, Patrick Rafter ialah seorang daripada pemain tenis utama pada akhir 1990-an dan awal 2000-an.
Selaku pemenang dua gelaran Grand Slam®, beliau menawan hati peminat di seluruh dunia dengan permainan jaring yang agresif dan ketenangan menghadapi tekanan.
Dikagumi oleh rakan sepermainan dan peminat
Patrick Rafter menceburkan diri dalam arena tenis antarabangsa pada pertengahan 1990-an, tetapi meraih kejayaan pada 1997 apabila merangkul gelaran Grand Slam® pertamanya di Terbuka Amerika Syarikat.
Beliau berjaya mempertahankan mahkotanya pada tahun berikutnya apabila memperoleh kemenangan berturut-turut untuk mengukuhkan kedudukan dalam kalangan elit. Pada 1999, beliau naik ke No. 1 kedudukan dunia dan tampil berturut-turut pada perlawanan akhir Kejohanan Wimbledon dalam dua tahun berikutnya.
Terkenal dengan sikap rendah diri dan menghormati lawan, Rafter telah diberikan Anugerah Semangat Kesukanan ATP sebanyak empat kali (1997, 1999, 2000 dan 2001). Sikap mesra dan adil di gelanggang menyebabkan beliau dikagumi oleh rakan sepermainan dan peminat serta menjadi contoh teladan sebenar dalam dunia tenis.
Komitmen Rafter terhadap kecemerlangan di atas dan di luar gelanggang memberikannya penghormatan yang tinggi, bukan sahaja sebagai pemain, malah sebagai duta sukan tersebut.
Patrick Rafter menjadi Testimoni Rolex pada 2015.
Teruskan meneroka