Phil Mickelson

Phil Mickelson

Legenda golf “kidal”

Phil Mickelson ialah seorang daripada pemain golf paling berkarisma dan disegani serta terkenal dengan kemahiran, ketabahan dan semangat yang tidak berbelah bagi terhadap permainan ini.

Phil Mickelson

Perasaan yang sukar diungkapkan kerana kejayaan ini ialah hasil keyakinan diri saya mengatasi segala cabaran dan saya berharap dapat memberikan inspirasi kepada orang lain. Tidak dinafikan memang banyak usaha yang diperlukan untuk mengekalkan kemahiran dan fizikal yang sihat hingga pada akhirnya membuahkan hasil dan saya amat berbangga dapat menjulang Piala Wanamaker ini.

Phil Mickelson

Phil Mickelson bersama trofi

Pakar pukulan jarak dekat

Dikenali sebagai "Si Kidal" kerana gaya permainan kidalnya yang tersendiri, Phil Mickelson telah menempa nama dalam sejarah golf dengan 45 kemenangan PGA TOUR®, termasuk enam kejohanan utama.

Beliau terkenal sebagai seorang daripada pemain pukulan jarak dekat terhebat dan kerana keupayaannya beraksi dengan tenang.

Phil Mickelson berbaju hitam

Perkembangan cemerlang

Permainan berani Phil Mickelson dan personaliti yang menarik telah membuatkan beliau diminati oleh peminat golf di seluruh dunia.

Perjalanannya mengungguli arena golf bermula dengan kerjaya amatur yang cemerlang apabila memenangi tiga kejohanan Persatuan Atlet Kolej Kebangsaan (NCAA) perseorangan semasa belajar di Universiti Negeri Arizona. Beliau mencapai kejayaan cemerlang selaku seorang amatur dengan memenangi kejohanan PGA TOUR®, Terbuka Tucson 1991. Selepas menjadi pemain profesional pada tahun berikutnya, beliau pantas mencipta impak yang besar dan merebut beberapa gelaran sepanjang dekad berikutnya sambil kerap bersaing pada kejohanan utama. Mickelson berjaya memenangi Kejohanan Masters pada 2004, kemenangan yang menaikkan semangat beliau untuk merangkul lebih banyak gelaran utama. Dengan kemenangan di Kelab Golf Kebangsaan Augusta pada 2006 dan 2010, Mickelson menjadi seorang daripada enam pemain yang memiliki sekurang-kurangnya tiga gelaran Masters.

Pada 2021, Mickelson yang berumur 50 tahun membuat kejutan apabila memenangi Kejohanan PGA dan menjadi juara utama tertua serta mengukuhkan lagi legasinya sebagai seorang pemain golf terhebat sepanjang zaman. Sepanjang kerjayanya yang membanggakan, Mickelson telah mencerminkan usaha berterusan dalam mengejar kecemerlangan.

Phil Mickelson menjadi Testimoni Rolex pada 1992.

Phil Mickelson

Teruskan meneroka