Membeli seutas Rolex di ROLEX BOUTIQUE BETRANI SANTO DOMINGO
Butik Rolex eksklusif kami di Santo Domingo, Republik Dominican ialah Peruncit Rasmi Rolex.
Dengan pengetahuan, kemahiran dan ilmu teknikal yang diperlukan, kami menjamin ketulenan setiap bahagian Rolex anda dan memastikan jaminan antarabangsa selama lima tahun.
Dikhaskan secara eksklusif untuk Rolex
Butik kami menawarkan suasana yang ideal untuk menghayati dunia Rolex. Ruangan ini mempamerkan pelbagai pilihan jam tangan model Profesional dan juga Klasik serta jam tangan Rolex yang paling ikonik dalam pelbagai bahan, permukaan, rantai dan saiz yang sesuai dengan semua pergelangan tangan dan gaya.
Lawati kedai kami
Dilengkapi sepenuhnya dengan perabot dan dihiasi reka bentuk dalaman yang menakjubkan yang dicipta oleh Rolex di Geneva, butik eksklusif kami merupakan lambang perkongsian yang lama terjalin antara kami dengan ROLEX BOUTIQUE BETRANI SANTO DOMINGO
Sebagai Peruncit Rasmi Rolex, kami memiliki pengetahuan untuk menerangkan pelbagai model, memberi anda penjelasan tentang aspek teknikal jam tangan Rolex dan membantu anda membuat pilihan yang akan kekal seumur hidup.
Untuk memastikan ketepatan dan kebolehpercayaan jam tangan, Rolex menghantar setiap jam tangan untuk menjalani satu siri ujian yang ketat selepas pemasangan.
Semua jam tangan Rolex baharu yang dibeli daripada ROLEX BOUTIQUE BETRANI SANTO DOMINGO dilengkapi jaminan antarabangsa selama lima tahun. Apabila anda membeli Rolex, kami akan mengisi kad jaminan Rolex yang memperakui ketulenan jam tangan anda dan menjamin kefungsian yang baik selama tempoh lima tahun dari tarikh pembelian.