Katamaran F50 berlumba pada Sail Grand Prix Valencia Sepanyol

Sail Grand Prix Valencia Sepanyol

Sail Grand Prix Valencia Sepanyol menyertai kalendar liga pelayaran terpantas di dunia, iaitu Rolex SailGP Championship pada 2026.

Rakan Kongsi Pengasas sejak 2019 dan Rakan Kongsi Perdana
Los Gallos SailGP Team mendahului DS Automobiles SailGP Team France, ROCKWOOL Racing SailGP Team, United States SailGP Team dan Germany SailGP Team yang dibawakan oleh Deutsche Bank semasa sesi latihan menjelang Sail Grand Prix Sepanyol

Lokasi yang sarat dengan sejarah pelayaran

Sebagai Rakan Kongsi Pengasas SailGP sejak 2019 dan Rakan Kongsi Perdana Rolex SailGP Championship, Rolex menyokong Sail Grand Prix Sepanyol di Valencia, lokasi yang amat sesuai bagi liga yang dipertandingkan di beberapa perairan terkenal di dunia.

Acara ini berlangsung ketika musim memasuki fasa penentuan terakhir dan menyajikan perlumbaan sengit di lokasi yang kaya dengan sejarah sukan pelayaran.

Perlumbaan di Marina de Valencia

Arena perlumbaan terletak di Marina de Valencia, kompleks pelabuhan bersejarah di sisiran tepian air bandar tersebut yang meriah.

Gambar dekat pasukan Australia sedang mengendalikan katamaran F50 mereka
Pasukan British dan Sweden pada Sail Grand Prix Sepanyol di Valencia

Iklim Mediterranean menyajikan angin yang malar serta keadaan perlumbaan yang ideal, manakala laluan perlumbaan yang berhampiran pesisir membolehkan penonton menyaksikan armada katamaran kerajang F50 (50 kaki) yang mampu mencapai kelajuan melebihi 100 km/j dari jarak dekat.

Rolex dan lumba layar

Belayar ke arah ufuk yang sama. Prestasi menjadi penentu.

Temui lebih lanjut