Sail Grand Prix Valencia Sepanyol menyertai kalendar liga pelayaran terpantas di dunia, iaitu Rolex SailGP Championship pada 2026.
Sebagai Rakan Kongsi Pengasas SailGP sejak 2019 dan Rakan Kongsi Perdana Rolex SailGP Championship, Rolex menyokong Sail Grand Prix Sepanyol di Valencia, lokasi yang amat sesuai bagi liga yang dipertandingkan di beberapa perairan terkenal di dunia.
Acara ini berlangsung ketika musim memasuki fasa penentuan terakhir dan menyajikan perlumbaan sengit di lokasi yang kaya dengan sejarah sukan pelayaran.
Arena perlumbaan terletak di Marina de Valencia, kompleks pelabuhan bersejarah di sisiran tepian air bandar tersebut yang meriah.
Iklim Mediterranean menyajikan angin yang malar serta keadaan perlumbaan yang ideal, manakala laluan perlumbaan yang berhampiran pesisir membolehkan penonton menyaksikan armada katamaran kerajang F50 (50 kaki) yang mampu mencapai kelajuan melebihi 100 km/j dari jarak dekat.