Lone Star Le Mans merupakan pusingan Amerika Utara bagi Kejohanan Ketahanan Dunia FIA, yang diadakan di Circuit of The Americas di Austin, Texas. Acara ini menggabungkan persaingan antarabangsa dengan semangat dan kemeriahan Texas.
Rolex telah menjadi Jam Tangan Rasmi Kejohanan Ketahanan Dunia FIA (FIA WEC) sejak 2016, satu perkongsian yang berteraskan nilai ketepatan, prestasi dan usaha berterusan untuk mencapai kecemerlangan.
WEC FIA ialah kemuncak sukan permotoran ketahanan yang menghimpunkan pengeluar, pasukan dan pemandu terkemuka dunia dalam sembilan pusingan perlumbaan merentasi beberapa benua. Siri ini menampilkan beberapa kelas kereta, dengan prototaip tercanggih bersaing dalam kelas Hypercar dan kereta jalan raya dalam kategori LMGT3.
Lone Star Le Mans pertama kali mewarnai kalendar WEC FIA dari 2013 hingga 2017, muncul sebentar pada tahun 2020 dan kembali pada 2024. Setiap edisi telah membuktikan minat terhadap perlumbaan ketahanan bertaraf dunia dalam kalangan penonton di Amerika Utara.
Kedudukan Austin sebagai satu daripada destinasi sukan permotoran terkemuka di Amerika Syarikat, digabungkan dengan reputasi Circuit of The Americas (COTA) sebagai litar kegemaran para pemandu telah memastikan acara ini menduduki tempat yang istimewa dan penting dalam jadual WEC FIA.
Litar ini merupakan antara kemudahan perlumbaan permotoran yang paling moden di dunia dan dibina khusus untuk tujuan tersebut. Litar sepanjang 5.513 kilometer dengan 20 selekoh ini menggabungkan perubahan ketinggian yang ketara, bahagian berkelajuan tinggi yang luas dan selekoh teknikal yang sempit, sekali gus menuntut fleksibiliti menyeluruh daripada pemandu dan jurutera. Kepelbagaian ciri litar ini menggalakkan persaingan sengit dan aksi memotong yang kerap, manakala trafik berbilang kelas menambah lapisan kerumitan strategik yang membezakan perlumbaan ketahanan daripada disiplin sukan permotoran yang lain.
Acara utama dalam Kejohanan Ketahanan Dunia FIA
Belayar ke arah ufuk yang sama. Prestasi menjadi penentu.
Temui lebih lanjut