Pandangan udara kereta lumba ketahanan di Imola

6 Jam di Imola

6 Jam di Imola merupakan tarikh penting dalam jadual Kejohanan Ketahanan Dunia FIA yang berlangsung satu daripada litar paling bersejarah dalam sukan permotoran– Autodromo Internazionale Enzo e Dino Ferrari di Itali.

Jam Tangan Rasmi sejak 2016
Kereta ketahanan berlumba di Imola

Kemuncak perlumbaan ketahanan

Rolex telah menjadi Jam Tangan Rasmi Kejohanan Ketahanan Dunia FIA (FIA WEC) sejak 2016, satu perkongsian yang berteraskan nilai ketepatan, prestasi dan usaha berterusan untuk mencapai kecemerlangan.

WEC FIA ialah kemuncak sukan permotoran ketahanan yang menghimpunkan pengeluar, pasukan dan pemandu terkemuka dunia dalam sembilan pusingan perlumbaan merentasi beberapa benua. Siri ini menampilkan beberapa kelas kereta, dengan prototaip tercanggih bersaing dalam kelas Hypercar dan kereta jalan raya dalam kategori LMGT3.

Acara 6 Jam di Imola diadakan di Autodromo Internazionale Enzo e Dino Ferrari, yang terletak di tebing Sungai Santerno di Imola dan dinamakan sempena nama Enzo Ferrari serta anaknya, Dino.

Ketepatan dan ketahanan di Imola

Dibuka pada tahun 1953, litar sepanjang 4.909 kilometer ini merentasi perubahan ketinggian yang dramatik serta selekoh yang membolehkan kelajuan tinggi dikekalkan. Memandangkan peluang memotong amat terhad dan ruang untuk melakukan kesilapan begitu kecil di sepanjang litar, ketepatan dan ketahanan saling melengkapi di Imola dengan cara yang tersendiri berbanding dengan lokasi WEC FIA yang lain. Kebiasaannya diadakan pada bulan April, pusingan ini turut dipengaruhi oleh keadaan cuaca yang berubah-ubah. Cuaca pagi yang dingin dan lembap sering bertukar menjadi lebih panas pada sebelah petang, maka pasukan harus membuat keputusan penting dari segi tayar, strategi dan tetapan jentera yang dapat menentukan keputusan lebih awal sebelum bendera penamat dikibarkan.

Kereta lumba ketahanan dilihat dari hadapan
Kereta lumba ketahanan dilihat dari belakang di Imola

Perlumbaan 6 Jam di Imola mengukuhkan lagi hubungan erat yang sekian lama terjalin antara Itali dengan perlumbaan ketahanan, sekali gus membawa kejohanan ini ke satu daripada lokasi yang sarat dengan suasana unik serta nilai sejarah dalam kalendar sukan permotoran dunia.

Acara utama dalam Kejohanan Ketahanan Dunia FIA

Rolex dan sukan permotoran

Belayar ke arah ufuk yang sama. Prestasi menjadi penentu.

Temui lebih lanjut