Pensijilan Rolex
Dibina untuk bertahan, jam-jam tangan Rolex selalunya mempunyai beberapa kehidupan. Rolex menawarkan peluang untuk membeli jam-jam tangan yang telah dipakai sebelum ini yang diperakui asli dan dijamin oleh Rolex.
Keaslian Dijamin
Program Rolex Certified Pre-Owned menjamin keaslian jam tangan Rolex terpakai pada masa jualan semula oleh Peruncit Rasmi yang memaparkan plak khas Rolex Certified Pre-Owned. Ini menjamin bahawa jam-jam tangan ini mempunyai kriteria kualiti yang terdapat pada semua produk Rolex dan pengetahuan serta profesionalisme lengkap daripada rangkaian pakar Rolex di seluruh dunia.
Sebuah lambang kecemerlangan
Meterai Rolex Certified Pre-Owned yang disertakan dengan jam tangan anda melambangkan status jam sebagai seutas jam tangan Rolex terpakai yang diperakui. Gelaran eksklusif ini mengesahkan bahawa jam tangan ini adalah asli pada tarikh pembelian dan berfungsi baik, dan berserta jaminan antarabangsa selama dua tahun.

Jaminan Antarabangsa Dua Tahun Rolex
Dihantar pada masa jualan, kad jaminan Rolex Certified Pre-Owned secara rasminya mengesahkan bahawa jam tangan tersebut adalah asli pada tarikh pembelian dan menjamin jam tangan berfungsi baik untuk tempoh dua tahun dari tarikh ini menurut manual jaminan.

Membeli seutas jam tangan Rolex Certified pre‑owned
Setiap jam tangan Rolex Certified Pre-Owned dipersembahkan dalam kantung yang tersendiri. Jam tangan disertakan dengan meterai Rolex Certified Pre-Owned, kad jaminan antarabangsa selama dua tahun, buku kecil perkhidmatan dan buku kecil jaminan.
Dibina untuk bertahan, jam-jam tangan Rolex selalunya mempunyai beberapa kehidupan.