Membeli seutas Rolex
Pilihan seumur hidup
Jam tangan baharu dan asli Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex. Mereka menjamin keaslian Rolex anda dan memastikan ia menikmati jaminan antarabangsa selama lima tahun.
Alami Rolex
Di Rolex, kami berbangga dengan hasil kerja kami dan kami percaya bahawa tiada apa yang dapat menandingi pengalaman sendiri tentang butiran terperinci, berat yang seimbang, keselesaan serta menghayati Rolex.

Dengan ilmu, kemahiran dan pengetahuan teknikal yang diperlukan, Peruncit Rasmi Rolex adalah paling tepat untuk menerangkan perincian pelbagai model yang ada, memberi anda penjelasan tentang semua aspek teknikal jam tangan kami dan membantu anda membuat pilihan yang akan kekal seumur hidup.

Satu simbol pemberian
Setiap jam tangan Rolex dipamerkan dalam kotak peragaan yang menawan dan merupakan pelindung serta penjaga bagi permata yang tersimpan di dalamnya. Kotak peragaan turut menjadi satu simbol pemberian. Jika anda membelinya sebagai hadiah, adalah penting bagi kami bahawa pandangan pertama penerima terhadap Rolex tersebut mencerminkan rahsia yang tersembunyi di dalamnya.
Kualiti yang Tidak ada Taranya
Kualiti adalah unsur yang sama untuk sejarah Rolex. Kualiti pada mekanisme, kualiti pada penutup dan rantai, tetapi juga kualiti bagi perkhidmatan yang berkaitan dengan jam tangan. Falsafah Rolex diterjemahkan kepada piawaian kualiti yang tidak ada taranya. Obsesi dengan kualiti ini didorong oleh falsafah yang tidak berbelah bahagi: kepuasan pelanggan. Di Rolex, pelanggan adalah jantung segala pertimbangan dan setiap proses.

Persediaan jam tangan anda
Peruncit Rasmi Rolex mempunyai kepakaran dan alatan untuk melaraskan rantai atau tali jam tangan anda ke saiz yang sesuai bagi meningkatkan keselesaan anda. Bagi rantai logam, mereka boleh menambah atau membuang mana-mana sambungan yang diperlukan dan akan menyimpan sebarang sambungan berlebihan ke dalam kotak peragaan anda.

Sebelum anda bertolak dengan jam tangan Rolex anda, Peruncit Rasmi Rolex anda akan menyediakannya untuk pakaian anda. Mereka akan memutarkan jam tangan sepenuhnya, menetapkan masa, tarikh dan hari, menyemak fungsi dan mengesahkan keketatan putaran.
Di dalam kotak peragaan, mereka akan meletakkan manual pengguna jam tangan anda dengan arahan tentang bagaimana untuk menggunakan serta penjagaan jam tangan anda. Peruncit Rasmi anda akan mengisi dan memberi tarikh pada kad jaminan Rolex yang memperakui kesahihan jam tangan anda.

Jaminan antarabangsa
lima tahun
Untuk memastikan ketepatan dan kebolehpercayaan jam tangannya, Rolex menghantar setiap jam tangan untuk menjalani satu siri ujian yang ketat selepas pemasangan. Keyakinan kami terhadap jaminan kualiti kami yang ketat membolehkan kami memberikan jaminan antarabangsa selama lima tahun untuk semua jam tangan Rolex baharu yang dibeli daripada salah satu Peruncit Rasmi jenama kami.

Alami jam tangan Rolex di Titik Jualan
Koleksi Rolex mempunyai jam tangan Klasik dan Profesional yang boleh didapati dalam pelbagai bahan, dail, rantai dan saiz untuk memenuhi semua pergelangan tangan dan gaya.