Rolex atelier

Kami ialah pengeluar produk mampan yang bertanggungjawab dan komited.

Selaras dengan standard kualiti tinggi kami, rasa inovasi dan nilai kecemerlangan, kami mengambil tindakan nyata untuk menggalakkan kemampanan.

Kami ialah syarikat yang bertindak secara bertanggungjawab dalam operasi aktiviti perindustrian. Wawasan jangka panjang merupakan teras falsafah kami, dan pelbagai aktiviti kami tertumpu pada inovasi supaya kami dapat menghadapi cabaran masa hadapan. Standard kami yang tinggi dan usaha memburu kecemerlangan menunjukkan usaha berterusan untuk menyempurnakan jam tangan kami dan memastikan kepakaran pembuatan jam kami diwariskan, di samping meningkatkan prestasi alam sekitar dan sosial kami dengan mengukur impak.

Kotak peragaan
Pusat pembelajaran
Coral Gardeners
Dengan sokongan Inisiatif Planet Abadi, Coral Gardeners, sebuah organisasi bukan untung sedang memulihkan terumbu karang menggunakan teknologi dan teknik terkini.

Kami membantu dalam melindungi planet ini dan kami bertindak untuk generasi akan datang.