
Microstella
Berpandukan bintang
Ini ialah nat Microstella kami. Elemen yang dipatenkan ini boleh dipasang atau dibuka untuk menyesuaikan ketepatan pergerakan.
Proses penyeimbangan ini dilakukan menggunakan kunci eksklusif, tanpa perlu membuka penutup kaliber: faktor yang praktikal dan menjimatkan masa untuk tukang jam. Pelindung berharga bagi kelajuan ayunan roda imbang asalnya berbentuk skru ketika ia pertama kali dibangunkan pada tahun 1957. Bentuk nat ini disempurnakan pada tahun 1983 dan kini menjadi ciri khas nat ini. Pengasas Rolex, Hans Wilsdorf, menganggap komponen revolusioner ini sebagai ikon untuk jenama tersebut. Bentuk bintang ini mengingatkan bahawa seseorang harus menyasar lebih tinggi dan jauh untuk mencapai kejituan.
