
Emas kuning
Cemerlang, gemilang, terbilang
Ini ialah emas kuning 18 karat kami. Pada zahirnya, ia serupa sahaja dengan yang lain. Namun ia hanya boleh didapati pada jam tangan kami: hasil buatan faundri kami sendiri, yang terletak di Plan-les-Ouates di Geneva. Mengapa kami berusaha menggabungkan proses perindustrian yang begitu kompleks dan rumit?
Hanya kerana inilah satu-satunya cara untuk menjamin ketulenan dan kehomogenan emas ini, sehingga ke tahap zarah. Emas 24 karat mesti dicampurkan terlebih dahulu dengan perak dan tembaga untuk menguatkan emas kerana emas bersifat sangat lembut dalam keadaan semula jadi. Penguasaan seluruh proses pengubahan ini, daripada penuangan hingga pembentukan terakhir, memberikan aloi ini kualiti yang tiada tandingannya. Inilah yang menghasilkan emas 18 karat ternama kami yang menjadi lambang kecemerlangan. Apabila diteliti, jelas bahawa aloi ini bukan sahaja berharga. Aloi ini amat unik.
