Sky‑Dweller Baharu

Jam tangan untuk pengembara dunia

Memperkenalkan versi baharu pada Oyster Perpetual Sky-Dweller, dilengkapi dengan rantai Oysterflex.

Rolex mempersembahkan versi baharu 18 karat emas kuning pada Oyster Perpetual Sky-Dweller, dilengkapi dengan rantai Oysterflex. Jam tangan ini adalah dalam kategori klasik pertama yang menggunakan rantai inovatif diperbuat daripada elastomer berprestasi tinggi. Ia menampilkan dail hitam terang kesan sinar matahari serta penanda dan jarum jam dalam 18 karat emas kuning. Refleksi terang pada tepi penutup dan cuping menyerlahkan lagi profil penutup Oyster 42 mm.

Pelbagai kepakaran

Jam tangan elegan untuk pengembara kerap, Sky-Dweller memaparkan masa dalam dua zon waktu secara serentak dan mempunyai kalendar tahunan. Masa rujukan dalam format 24 jam ditunjukkan melalui cakera di luar pusat dan waktu tempatan dibaca menggunakan jarum pusat konvensional. Kalendar tahunan bernama Saros secara automatik akan membezakan bulan diantara 30 hari dan 31 hari. Ia dikendalikan oleh mekanisma yang dipatenkan dan menonjol untuk paparan inovatif: bulan pada tahun dinyatakan dalam 12 apertur di sekitar lilitan dail, dengan bulan semasa yang ditandakan dalam warna merah. Perubahan tarikh serta merta dihubungkan kepada waktu tempatan.

Putarkan menggunakan kursor andaCondongkan peranti anda

Ciri-ciri Sky-Dweller

Satu paragon kekukuhan dan kebolehpercayaan, penutup Oyster Sky-Dweller dijamin kalis air sehingga kedalaman 100 meter (330 kaki).

Sky-Dweller baharu

Terokai galeri

Kaliber 9001

Versi baharu Sky Dweller yang dilengkapi dengan kaliber 9001, mekanisme yang dibangunkan dan dikeluarkan sepenuhnya oleh Rolex. Kaliber 9001 mempunyai pegas rambut Parachrom biru dikeluarkan oleh Rolex dalam aloi paramagnet eksklusif yang membuatkannya 10 kali ganda lebih tepat daripada pegas rambut traditional jika berlaku kejutan. Ia dilengkapi dengan modul automatik melalui rotor perpetual dan menawarkan rizab kuasa sehingga kira-kira 72 jam.     

Kaliber 9001

Kongsi halaman ini