Keanggunan elegan
Permukaan ini mempunyai berlian dalam tetapan emas 18 karat. Mutiara tempurung penuh dengan sifat misteri dan kejutan. Bergantung pada tempat asal, mutiara boleh menjadi merah jambu, putih, hitam atau kuning. Terdapat perbezaan dari segi warna, keamatan dan struktur mengikut bahagian cangkerang yang diekstrak.
Di Rolex, mutiara tempurung tidak mempunyai warna tiruan. Sebaliknya, pengetahuan dan kemahiran yang tertentu akan digembleng untuk menonjolkan keindahan semula jadi dan memelihara warna asalnya. Oleh sebab semua permukaan mutiara tempurung adalah unik, permukaan yang serupa tidak akan ditemui pada pergelangan tangan orang lain.
Bezel berjejalur Rolex ialah lambang kelainan. Pada asalnya, jejalur bezel Oyster mempunyai tujuan fungsian: digunakan untuk memasang bezel pada penutup bagi memastikan jam tangan itu kalis air.
Oleh itu, jejalur ini sama dengan jejalur penutup belakang yang juga diskrukan pada penutup supaya kalis air dengan menggunakan alatan khusus Rolex. Lama-kelamaan, jejalur itu menjadi elemen estetik, satu ciri asli yang menjadi tanda pengenalan Rolex. Kini, bezel berjejalur ialah satu tanda kelainan, dalam emas pada Lady-Datejust ini.
Dengan mengendalikan faundri eksklusif sendiri, Rolex mempunyai keupayaan yang tiada tandingan untuk menghasilkan aloi emas 18 karat yang berkualiti tinggi. Mengikut perkadaran perak, tembaga, platinum atau paladium yang ditambahkan, pelbagai jenis emas 18 karat boleh diperolehi: kuning, merah jambu atau putih.
Emas 18 karat ini diperbuat hanya daripada logam yang paling tulen dan diperiksa dengan teliti di makmal dalaman dengan menggunakan kelengkapan yang paling canggih sebelum emas dihasilkan dan dibentuk dengan perhatian sama yang cermat dan teliti terhadap kualiti. Komitmen Rolex terhadap kecemerlangan bermula daripada sumbernya.
Lady-Datejust ini ditawarkan pada rantai President yang berprestij. Sentiasa dalam emas padu atau platinum, rantai ini memanfaatkan satu pemasangan terlindung yang terletak di bawah bezel yang memastikan kesinambungan visual yang tidak berkelim dan selanjar di antara rantai dengan penutup.
Satu Crownclasp terlindung generasi baharu, yang dibuka dengan putaran jam Rolex berengsel, menambah sentuhan akhir estetika dan praktikal kepada rantai-rantai mewah ini.
Rujukan 279178
Lady-Datejust
Hanya peruncit rasmi Rolex dibenarkan menjual dan menyenggara jam tangan Rolex. Dengan kemahiran, pengetahuan teknikal dan peralatan khas yang diperlukan, mereka menjamin ketulenan setiap bahagian Rolex anda dan membantu anda membuat pilihan yang akan kekal seumur hidup.
Jam tangan ini telah dipilih untuk anda. Tekan ikon hati untuk ditambah pada kegemaran anda.