Tercapainya suatu kesempurnaan
Permukaan ini dipotong daripada aventurin hijau muda, sejenis batu semula jadi dalam keluarga kuarza, unik kerana warna hijau lembut dengan sentuhan hijau yang lebih kuat dan corak urat yang halus.
Permukaan dihiasi lingkaran penanda jam yang terdiri daripada sepuluh berlian potongan baguette.
Bezel berjejalur Rolex ialah lambang kelainan. Pada asalnya, jejalur bezel Oyster mempunyai tujuan fungsian: digunakan untuk memasang bezel pada penutup bagi memastikan jam tangan itu kalis air.
Oleh itu, jejalur ini sama dengan jejalur penutup belakang yang juga diskrukan pada penutup supaya kalis air dengan menggunakan alatan khusus Rolex. Lama-kelamaan, jejalur itu menjadi elemen estetik, satu ciri asli yang menjadi tanda pengenalan Rolex. Kini, bezel berjejalur ialah satu tanda kelainan, dalam emas pada Day-Date 40 ini.
Logam dengan rona canggih dan pantulan halus ini telah diperkenalkan pada versi eksklusif Oyster Perpetual Day-Date 40 ini.
Aloi emas 18 karat telah direka bentuk, dibangunkan dan dihasilkan di bengkel jenama ini dan dinamakan Gold Jubilee. Aloi ini memancarkan sinaran rona kuning lembut, kelabu suam dan merah jambu lembut.
Reka bentuk, pembangunan dan penghasilan rantai dan pengancing Rolex, serta ujian ketat yang dijalani, melibatkan teknologi tinggi termaju.
Tambahan pula, seperti semua komponen jam tangan, kawalan estetika oleh mata manusia menjamin kecantikan yang sempurna. Rantai President, dengan tiga keping sambungan separa bulat, telah dicipta pada tahun 1956 untuk pelancaran Oyster Perpetual Day-Date. Rantai ini melambangkan kehalusan dan keselesaan yang muktamad serta sentiasa diperbuat daripada logam berharga yang dipilih dengan teliti.
Rujukan 228235JG
Day-Date 40
Hanya peruncit rasmi Rolex dibenarkan menjual dan menyenggara jam tangan Rolex. Dengan kemahiran, pengetahuan teknikal dan peralatan khas yang diperlukan, mereka menjamin ketulenan setiap bahagian Rolex anda dan membantu anda membuat pilihan yang akan kekal seumur hidup.
Jam tangan ini telah dipilih untuk anda. Tekan ikon hati untuk ditambah pada kegemaran anda.