Kejayaan ketahanan

Oyster Perpetual Cosmograph Daytona dalam emas Everose 18 karat dengan permukaan Sundust dan hitam terang dan rantai Oyster ini, mempunyai bezel emas Everose 18 karat dengan ukiran skala takimetri.

Skala takimetri

Kronograf berprestasi tinggi

Dengan skala takimetri, tiga pembilang dan penekan, Cosmograph Daytona direka bentuk untuk menjadi alat pemasa muktamad bagi pemandu perlumbaan ketahanan. Bezel mempunyai skala takimetri untuk membaca kepantasan purata bagi jarak tertentu berdasarkan masa yang berlalu.

Skala ini menawarkan keterbacaan yang optimum, menjadikan Cosmograph Daytona sebagai instrumen yang ideal untuk mengukur kepantasan hingga 400 unit sejam yang diukur dalam kilometer atau batu.

Permukaan Sundust dan hitam terang

Dengan pembilang kronograf

Model ini menampilkan permukaan Sundust dan hitam terang dengan pengira berlingkar, penanda dan jarum jam yang ditampal hias emas 18 karat dengan paparan Chromalight, satu bahan pendarkilau yang sangat mudah dibaca.

Jarum detik tengah membolehkan bacaan setepat 1/8 saat, manakala dua pembilang pada permukaan memaparkan masa yang berlalu dalam kiraan jam dan minit. Pemandu boleh merancang dengan tepat masa dan taktik mereka dengan jayanya.

Emas Everose 18 karat

Paten eksklusif

Untuk memelihara keanggunan jam tangan emas merah jambu, Rolex telah mencipta dan mempatenkan aloi emas merah jambu 18 karat yang dihasilkan di faundri sendiri: Emas Everose.

Diperkenalkan pada tahun 2005, emas Everose 18 karat digunakan di semua model Rolex Oyster dalam emas merah jambu.

Rantai Oyster

Keajaiban bentuk dan fungsi

Reka bentuk, pembangunan dan penghasilan rantai dan pengancing Rolex, serta ujian ketat yang dijalani, melibatkan teknologi tinggi termaju. Tambahan pula, seperti semua komponen jam tangan, kawalan estetika oleh mata manusia menjamin kecantikan yang sempurna.

Rantai Oyster ialah keajaiban bentuk dan fungsi yang sempurna. Kali pertama diperkenalkan pada hujung tahun 1930-an, rantai logam yang sangat teguh dan selesa dengan pautan tiga keping yang rata dan lebar ini kekal menjadi rantai yang paling universal dalam koleksi Oyster.

Lagi butiran teknikal Cosmograph Daytona

Rujukan 126505

Cosmograph Daytona

Brosur

Muat turun brosur

Hubungi Peruncit Rasmi Rolex

Hanya peruncit rasmi Rolex dibenarkan menjual dan menyenggara jam tangan Rolex. Dengan kemahiran, pengetahuan teknikal dan peralatan khas yang diperlukan, mereka menjamin ketulenan setiap bahagian Rolex anda dan membantu anda membuat pilihan yang akan kekal seumur hidup.

Hubungi peruncit

Jam tangan yang mungkin anda suka

Jam tangan ini telah dipilih untuk anda. Tekan ikon hati untuk ditambah pada kegemaran anda.