Model baharu
Cosmograph Daytona
Oyster, 40 mm, Oystersteel dan emas kuning
Kejayaan ketahanan
Oyster Perpetual Cosmograph Daytona dalam Oystersteel dan emas kuning dengan permukaan emas dan rantai Oyster ini, mempunyai bezel emas kuning dengan ukiran skala takimetri.
Skala takimetri
Kronograf berprestasi tinggi
Dengan skala takimetri, tiga pembilang dan penekan, Cosmograph Daytona direka bentuk untuk menjadi alat pemasa muktamad bagi pemandu perlumbaan ketahanan. Bezel mempunyai skala takimetri untuk membaca kepantasan purata bagi jarak tertentu berdasarkan masa yang berlalu.
Skala ini menawarkan keterbacaan yang optimum, menjadikan Cosmograph Daytona sebagai instrumen yang ideal untuk mengukur kepantasan hingga 400 unit sejam yang diukur dalam kilometer atau batu.
Permukaan emas
Dengan pembilang kronograf
Model ini menampilkan permukaan emas dengan pengira berlingkar, penanda dan jarum jam yang ditampal hias emas 18 karat dengan paparan Chromalight, satu bahan pendarkilau yang sangat mudah dibaca.
Jarum detik tengah membolehkan bacaan setepat 1/8 saat, manakala dua pembilang pada permukaan memaparkan masa yang berlalu dalam kiraan jam dan minit. Pemandu boleh merancang dengan tepat masa dan taktik mereka dengan jayanya.
Rolesor kuning
Gabungan dua bahan logam
Emas menjadi idaman kerana kilauan dan keunggulannya. Keluli menguatkan ketahanan dan kebolehpercayaan. Gabungan bahan ini sebati secara harmoni dengan sifat terbaik masing-masing.
Tanda pengenalan Rolex yang sebenar, Rolesor telah ditampilkan pada model-model Rolex sejak awal 1930-an dan ditandakan sebagai nama dagangan pada tahun 1933. Ini merupakan tonggak koleksi Oyster.
Rantai Oyster
Keajaiban bentuk dan fungsi
Reka bentuk, pembangunan dan penghasilan rantai dan pengancing Rolex, serta ujian ketat yang dijalani, melibatkan teknologi tinggi termaju. Tambahan pula, seperti semua komponen jam tangan, kawalan estetika oleh mata manusia menjamin kecantikan yang sempurna.
Rantai Oyster ialah keajaiban bentuk dan fungsi yang sempurna. Kali pertama diperkenalkan pada hujung tahun 1930-an, rantai logam yang sangat teguh dan selesa dengan pautan tiga keping yang rata dan lebar ini kekal menjadi rantai yang paling universal dalam koleksi Oyster.
Lagi butiran teknikal Cosmograph Daytona
Rujukan 126503
Penutup model
Oyster, 40 mm, Oystersteel dan emas kuning
Seni bina Oyster
Penutup tengah monoblok, penutup belakang diskrukan dan putaran jam
Diameter
40 mm
Bahan
Rolesor Kuning - kombinasi Oystersteel dan emas kuning
Bezel
Tetap, ditoreh dengan skala tachymetric dalam emas kuning
Putaran jam
Diskrukan, sistem kalis air tiga kali ganda Triplock
Kristal
Nilam tahan calar
Kekalisan air
Kalis air hingga 100 meter / 330 kaki
Gerakan
Perpetual, kronograf mekanikal, automatik
Kaliber
4131, buatan Rolex
Ketepatan
-2/+2 saat/hari, selepas penutup dipasang
Fungsi
Jarum jam dan minit tengah, jarum saat kecil pada pukul 6. Kronograf melalui jarum saat tengah, pembilang 30 minit pada pukul 3 dan pembilang 12 jam pada pukul 9. Hentikan jarum saat untuk tetapan masa yang tepat
Pengayun
Pegas rambut paramagnet Parachrom biru. Penyerap kejutan Paraflex berprestasi tinggi
Pemutaran
Dwiarah automatik melalui rotor Perpetual
Rizab kuasa
Lebih kurang 72 jam
Rantai
Oyster, pautan tiga keping padat
Bahan
Rolesor Kuning - kombinasi Oystersteel dan emas kuning
Pengancing
Pengancing keselamatan Oysterlock lipat dengan pautan sambungan keselesaan 5 mm Easylink
Permukaan
Keemasan
Butiran
Paparan Chromalight yang sangat mudah dibaca dengan pendarkilau biru tahan lama
Pensijilan
Kronometer Superlatif (COSC + pensijilan Rolex selepas penutup dipasang)
Cosmograph Daytona
Brosur
Cosmograph Daytona
Panduan pengguna
Hubungi Peruncit Rasmi Rolex
Hanya peruncit rasmi Rolex dibenarkan menjual dan menyenggara jam tangan Rolex. Dengan kemahiran, pengetahuan teknikal dan peralatan khas yang diperlukan, mereka menjamin ketulenan setiap bahagian Rolex anda dan membantu anda membuat pilihan yang akan kekal seumur hidup.
Hubungi peruncitJam tangan yang mungkin anda suka
Jam tangan ini telah dipilih untuk anda. Tekan ikon hati untuk ditambah pada kegemaran anda.