Robert Scheidt

Robert Scheidt

Semangat bersaing yang canggih

Robert Scheidt, seorang legenda sukan layar Brazil, telah memahat sejarah dalam dunia pelayaran dengan bakat luar biasa dan semangat daya saingnya.

Robert Scheidt di atas kapal layar

Tiada ruang untuk kesilapan dalam mana-mana bahagian pasukan pada bila-bila masa. Pertandingan adalah bertaraf dunia. Tumpuan, taktik dan sinergi perlu sempurna. Usaha ke arah kecemerlangan dan penambahbaikan berterusan menjadikan kejohanan itu serasi dengan portfolio Rolex.

Robert Scheidt

Simbol kecemerlangan dalam sukan layar

Robert Scheidt telah mempamerkan kemahiran dan keazamannya di atas air sepanjang kerjaya unggul selama lebih daripada dua dekad.

Pencapaian beliau dalam kelas Laser dan Bintang telah menempatkan beliau dalam kalangan pemain terbaik sepanjang zaman dalam sukan ini.

Jam pada pergelangan tangan Robert Scheidt
Robert Scheidt mengemudi kapal layar

Serba boleh dan gemilang

Robert Scheidt dari Brazil ialah seorang daripada pelayar yang paling berjaya dalam sejarah sukan ini.

Beliau mula berjinak-jinak dalam kelas Laser, kemudian terus menjadi pesaing yang digeruni. Beliau memenangi pingat emas pertamanya di Sukan Olimpik 1996 di Atlanta, diikuti oleh satu lagi emas pada 2004 di Athens, dan pingat perak di Sydney 2000 dan Beijing 2008.

Jam pada pergelangan tangan Robert Scheidt

Selepas beralih kepada kelas Bintang, Scheidt terus cemerlang apabila memperoleh pingat perak di Sukan Olimpik London 2012.

Senarai kejayaannya termasuk beberapa gelaran Kejohanan Dunia dalam kedua-dua kelas Laser dan Bintang, sekali gus membuktikan dirinya yang serba boleh dan mampu menyesuaikan diri. Dedikasi Scheidt terhadap sukan ini dan keupayaannya beraksi pada tahap tertinggi merentasi kelas yang berbeza telah mengukuhkan statusnya sebagai ikon pelayaran. Beliau kerap memperagakan kebolehan pengemudiannya semasa Piala Kapal Layar Maxi, Piala Swan Rolex dan 52 SUPER SERIES.

Beliau dinamakan Pelayar Dunia Terbaik Tahun Ini pada tahun 2001 dan 2004 serta menjadi Testimoni Rolex pada 2009.

Teruskan meneroka