Sloane Stephens

Sloane Stephens

Juara yang tabah

Sloane Stephens diraikan kerana membuat kemunculan semula yang luar biasa daripada kecederaan lalu, merangkul gelaran Grand Slam® yang mempamerkan ketabahannya dalam sukan tenis.

Trofi Sloane Stephens

Perjalanan yang gemilang

Sloane Stephens telah menawan dunia tenis dengan perjalanannya yang luar biasa daripada episod kecederaan kepada kemenangan Grand Slam®.

Terkenal dengan permainan garisan belakang yang bagus dan ketangkasan, pemain Amerika ini secara konsisten menunjukkan keupayaannya untuk mengatasi cabaran dan meraih kejayaan pada peringkat tertinggi.

Jam tangan di pergelangan tangan Sloane Stephens

Menyahut cabaran

Sloane Stephens memulakan kerjaya tenis profesionalnya pada tahun 2007, kemudian segera mendaki kedudukan dengan persembahannya yang mengagumkan.

Kejayaannya dikecapi pada 2013 apabila beliau mara ke separuh akhir Terbuka Australia. Beliau kemudian mengalami beberapa siri kecederaan selama hampir setahun namun membuat kebangkitan luar biasa apabila memenangi Terbuka Amerika Syarikat pada 2017, iaitu gelaran perseorangan Grand Slam® pertamanya. Kejayaan ini mempamerkan ketabahan dan keazamannya dalam menghadapi dugaan. Pada tahun berikutnya, beliau mempamerkan kemahirannya di gelanggang tanah liat apabila mara ke pertandingan akhir di Roland-Garros dan mencapai kedudukan No. 3 dunia pada tahun yang sama. Keupayaan Stephens beraksi di bawah tekanan telah menjadikannya pesaing yang digeruni dalam Jelajah Persatuan Tenis Wanita (WTA).

Sloane Stephens menjadi Testimoni Rolex pada 2014.