Ben Shelton

Ben Shelton

Generasi tenis Amerika yang seterusnya

Ben Shelton mencipta kejutan sebagai seorang daripada bakat tenis Amerika Syarikat yang paling menarik dan terkenal dengan keupayaan fizikal dan kemampuan serba boleh.

Ben Shelton

Bertenaga

Ben Shelton ialah pemain lelaki yang kian meningkat naik dengan membawa tenaga dan kemahiran baharu kepada Jelajah Persatuan Pemain Tenis Profesional (ATP).

Gaya permainannya yang dinamik dan semangat daya saing telah menjadikannya seorang daripada pemain muda yang paling menarik untuk ditonton.

Daripada juara kolej kepada kejayaan Jelajah ATP

Perjalanan tenis Ben Shelton yang bermula pada usia awal telah diilhamkan oleh bapanya, Bryan Shelton, bekas pemain profesional.

Shelton mewakili Universiti Florida untuk bermain tenis dan menjadi juara perseorangan Persatuan Atlet Kolej Kebangsaan (NCAA) pada 2022. Peralihannya ke Jelajah ATP melakar persembahan mengagumkan dalam acara ATP Challenger yang mempamerkan kesediaannya untuk bersaing pada peringkat lebih tinggi.

Ben Shelton
Ben Shelton bermain di Terbuka Amerika Syarikat

Terkenal dengan servis yang kuat dan permainan garisan belakang yang tangkas, Shelton tidak mengambil masa yang lama untuk memahat sejarah. Setelah menjadi pemain profesional berumur 19 tahun pada Jun 2022, beliau berjaya menaiki Kedudukan ATP 100 teratas dalam masa beberapa bulan sahaja. Shelton meneruskan penampilan hebat untuk mara ke separuh akhir di Terbuka Amerika Syarikat 2023 yang membolehkannya menduduki 20 terbaik dunia dan mengukuhkan statusnya sebagai seorang daripada bintang yang meningkat naik. Selepas beraksi cemerlang pada Grand Slam® terakhir tahun itu, Shelton memenangi gelaran Jelajah ATP pertamanya di Terbuka Tokyo pada Oktober 2023, kemudian kemenangan kedua di Houston pada April berikutnya.

Ben Shelton menjadi Testimoni Rolex pada 2024.