Rickie Fowler
Pemain golf berkarisma
Rickie Fowler ialah pemain golf profesional Amerika yang digemari oleh peminat generasi baharu kerana gaya bertenaga dan daya saingnya di PGA TOUR®.
Watak dinamik dalam golf
Rickie Fowler telah menawan dunia golf dengan gaya uniknya dalam fesyen dan semasa bertanding di padang.
Selaku pemain yang terkenal dengan pakaian berwarna-warni dan bakat yang tersendiri, auranya tidak kurang hebat daripada permainannya. Dengan beberapa gelaran PGA TOUR® dan pencapaian kedudukan 10 teratas dalam kejohanan utama, Fowler telah memahat namanya sebagai kegemaran peminat.
Bakat dan kecekalan di padang
Perjalanan golf Rickie Fowler bermula di California, tempat beliau mengembangkan minat terhadap sukan ini.
Selepas kejayaan dalam kerjaya amatur, Fowler menjadi pemain rofesional pada 2009 dan dengan pantas mencipta nama di PGA TOUR®. Pada 2010, dalam musim penuh pertamanya, beliau dinamakan sebagai Pemain Baharu Terbaik PGA TOUR® dan mencipta sejarah apabila menjadi pemain termuda pada usia 21 tahun dan sembilan bulan dalam pasukan Amerika Syarikat di Piala Ryder. Fowler mencapai kemenangannya yang terunggul dengan memenangi Kejohanan PLAYERS pada 2015 dan sering mencapai kedudukan 10 terbaik pada kejohanan utama. Beliau ialah seorang daripada lima pemain yang mencatatkan pusingan 62 pada kejohanan utama di Terbuka Amerika Syarikat 2023.
Menerusi kemahiran permainan besi dan ketepatan yang tinggi di atas padang, Fowler berjaya mengekalkan kedudukan sebagai antara pemain terbaik dunia.
Fowler telah mewakili Amerika Syarikat pada lima edisi Piala Ryder dan tiga kali dalam Presidents Cup™.
Rickie Fowler menjadi Testimoni Rolex pada 2010.
Teruskan meneroka