Nick Dunlap
Membuka laluan ke arah kecemerlangan golf
Setelah beralih daripada pemain golf amatur yang menonjol kepada pemain golf profesional, Nick Dunlap kini merupakan salah seorang bakat muda yang paling menarik dalam sukan ini. Kemenangan awalnya di PGA TOUR® mempamerkan bakat semula jadi dan kesediaannya untuk bersaing dalam kalangan elit golf.
Peralihan yang lancar
Nick Dunlap telah mencipta nama dengan pantas dalam dunia golf, beralih daripada amatur handalan kepada profesional yang berjaya.
Selepas meraih kedua-dua gelaran Amatur Muda A.S. dan Amatur A.S., Dunlap melakar sejarah pada awal 2024 dengan memenangi kejohanan The American Express di PGA TOUR® sebagai pemain amatur. Sejurus selepas itu, beliau menjadi pemain profesional dan memenangi Kejohanan Barracuda pada bulan Julai.
Pemain profesional terulung
Kerjaya golf Nick Dunlap bermula sejak muda lagi, namun kemenangan pada tahun 2021 dalam Kejohanan Amatur Remaja A.S. menjadikannya terkenal, sekali gus mencatat nama bersama pemain handalan sukan itu yang memenangi gelaran berprestij ini.
Pada tahun yang sama, beliau turut memenangi Kejohanan Remaja Dunia Dustin Johnson dan Polo Golf Junior Klasik Persatuan Golf Junior Amerika Syarikat (AJGA).
Pada Ogos 2023, beliau mengukuhkan lagi reputasinya dengan memenangi Amatur A.S., dan menjadi satu-satunya pemain selepas Tiger Woods, yang menggondol kedua-dua gelaran. Pada bulan berikutnya, beliau membantu pasukan Amerika Syarikat menang menentang Great Britain dan Ireland di Piala Walker, iaitu pertandingan lelaki amatur berpasukan terkemuka. Pada Januari 2024, Dunlap memenangi gelaran The American Express, lantas menjadi amatur pertama yang menjuarai acara PGA TOUR® selepas Phil Mickelson pada 1991. Berikutan kemenangan ini, beliau menjadi pemain profesional dan mencipta sejarah jelajah dengan kemenangannya pada Kejohanan Barracuda, menjadi pemain pertama yang menang sebagai pemain amatur dan profesional pada musim yang sama. Pada waktu peralihan, Dunlap telah dinobatkan sebagai pemain golf amatur No. 1 Dunia.
Nick Dunlap menjadi Testimoni Rolex pada 2024.
Teruskan meneroka