Ludvig Åberg
Bakat golf yang semakin meningkat
Ludvig Åberg dengan pantas telah mencipta kejayaan dalam golf dunia, beralih daripada pemain amatur yang sangat menonjol kepada profesional yang sangat kompetitif.
Kecemerlangan yang terserlah
Ludvig Åberg telah menggunakan hayunan yang sangat baik dan kebolehan memukul bola yang hebat – terutamanya dari tee – untuk menjadi salah seorang pemain yang mendapat penilaian paling tinggi dalam kategori lelaki.
Pencapaiannya di litar amatur, termasuk berada di kedudukan teratas dalam Kedudukan Golf Amatur Dunia selama 29 minggu, menjadi asas yang kukuh untuk kemasukannya ke permainan profesional.
Meniti kedudukan
Perjalanan Åberg dalam golf dipercepatkan secara drastik apabila beliau memenangi Anugerah Ben Hogan sebagai pemain kolej terbaik di Amerika Syarikat pada tahun 2022 dan 2023.
Berikutan peralihannya kepada golf profesional, beliau dengan pantas mencatat kejayaan dalam Jelajah Dunia DP dan PGA TOUR® dalam tempoh lima bulan, menyerlahkan kesediaannya untuk bersaing di peringkat tertinggi.
Åberg mengesahkan reputasinya sebagai pesaing hebat apabila membantu pasukan Eropah meraih kemenangan pada penampilan sulung Piala Ryder pada 2023. Pada bulan November tahun itu, beliau merangkul gelaran PGA TOUR® pertamanya di RSM Classic. Prestasinya terus mengagumkan apabila membuat penampilan sulung kejuaraan utama di Masters 2024, menamatkannya di kedudukan naib juara.
Ludvig Åberg menjadi Testimoni Rolex pada tahun 2023.
Teruskan meneroka