Fred Couples
Hayunan teranggun
Fred Couples ialah pemain golf terkenal Amerika yang terkenal dengan hayunan bersahaja dan pencapaian yang tidak dapat dilupakan pada PGA TOUR®.
Anggun lagi bersahaja
Fred Couples, yang lebih dikenali sebagai “Boom Boom” kerana pukulan jarak jauh, memahat sejarah dalam dunia golf dengan hayunan kemas dan prestasi yang konsisten.
Beliau merangkul lebih daripada 40 gelaran pada PGA TOUR®, Jelajah Dunia DP dan Kejohanan PGA TOUR®, diserlahkan dengan kemenangannya pada Kejohanan Masters 1992.
Bakat semula jadi
Fred Couples berjinak-jinak dalam arena golf di Seattle, Washington, yang segera mencungkil bakatnya yang luar biasa.
Selepas menjadi pemain profesional pada 1980, beliau merangkul kemenangan PGA TOUR® pertamanya pada Terbuka Kemper 1983. Kerjaya Couples mencapai kemuncak pada 1992 apabila memenangi gelaran utama tunggalnya, dengan menyarung Jaket Hijau yang diidamkan pada Kejohanan Masters. Kejayaan itu mewarnai tahun yang sangat berjaya, apabila beliau menjadi warga Amerika pertama yang mengungguli No. 1 dalam Kedudukan Rasmi Golf Dunia (OWGR). Sepanjang kerjayanya, Couples merangkul 15 gelaran PGA TOUR®, termasuk dua pada Kejohanan PLAYERS (1984 dan 1996). Beliau dinobatkan sebagai Pemain Terbaik PGA Tour pada 1991 dan 1992.
Sumbangan Couples dalam acara berpasukan juga besar, setelah mewakili Amerika Syarikat pada Piala Ryder sebanyak lima kali dan berkhidmat sebagai kapten Presidents Cup™ yang menang sebanyak tiga kali.
Couples disenaraikan ke dalam Dewan Kemasyhuran Golf Dunia pada 2013, lantas mengukuhkan legasinya sebagai seorang daripada pemain golf terhebat.
Fred Couples menjadi Testimoni Rolex pada 1994.
Teruskan meneroka