Francesco Molinari

Francesco Molinari

Lambang ketepatan golf

Francesco Molinari ialah pemain golf Itali yang memenangi kejohanan utama dan menjadi inspirasi kepada pemain golf generasi baru di tanah airnya.

Francesco Molinari di lapangan hijau

Pakar golf Itali

Francesco Molinari ialah pemain golf Itali yang terkenal sebagai pemenang pertama negara setakat ini yang memenangi kejohanan utama.

Selain kejayaan bersejarahnya di Terbuka pada 2018, Molinari telah memenangi gelaran dalam Jelajah Dunia DP dan PGA TOUR®. Dengan kejayaan dan prestasinya yang cemerlang dalam pertandingan di seluruh dunia, beliau adalah seorang yang disegani dalam golf dunia.

Jam tangan di pergelangan tangan Francesco Molinari

Dari Terbuka Itali menjadi wira Piala Ryder

Perjalanan golf Francesco Molinari bermula di Itali apabila bersama-sama mengasah kemahiran dengan abangnya, Edoardo.

Selepas menjadi pemain profesional pada 2004, Molinari berjaya mencipta nama dalam Jelajah Dunia DP dengan kemenangan pertamanya di Terbuka Itali 2006. Pada 2009, beliau dan abangnya mengharumkan nama negara dengan memenangi Piala Dunia pertama di China, lantas menjadi kejayaan bersejarah untuk golf Itali. Kejayaan Molinari di pentas global diteruskan dengan kemenangan di Kejuaraan WGC-HSBC pada 2010, menambah gelaran Kejohanan Golf Dunia yang berprestij pada pencapaiannya.

Kerjaya Molinari mengalami lonjakan ketara pada 2018 dengan persembahannya di Piala Ryder yang memainkan peranan penting dalam kemenangan Eropah, sekali gus menjadi pemain pertama benua itu yang memenangi kesemua lima perlawanan. Pada tahun yang sama, beliau memenangi Siri Rolex pertama di Kejohanan BMW PGA, iaitu acara utama Jelajah Dunia DP dan mencapai kedudukan tertinggi kerjaya di tempat keenam dalam Kedudukan Rasmi Golf Dunia (OWGR) berikutan kejayaannya di Terbuka. Kemenangan di Arnold Palmer Invitational 2019 mengukuhkan lagi statusnya sebagai salah seorang pemain terkemuka dalam golf global.

Francesco Molinari menjadi Testimoni Rolex pada 2019.

Teruskan meneroka