Bertram Allen

Bertram Allen

Bakat pertunjukan lompat kuda elit

Bertram Allen ialah penunggang kuda Ireland terkemuka, terkenal dengan bakat luar biasa dan pencapaian besar dalam dunia pertunjukan lompat kuda.

Bertram Allen

Bintang muda di arena

Bertram Allen menjadi terkenal dengan pantas dalam pertunjukan lompat kuda antarabangsa kerana kemahiran dan semangat daya saing yang luar biasa.

Dengan pelbagai kemenangan dan persembahan yang mantap dalam pertandingan elit, Allen telah menjadi salah seorang tokoh utama sukan itu.

Bertram Allen menunggang kuda

Serba boleh dan tersendiri

Perjalanan Bertram Allen dalam ekuestrian bermula di Ireland, tempat beliau memupuk minat terhadap kuda sejak muda lagi.

Membesar dalam keluarga ekuestrian, beliau menyerlah dengan cepat pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa, dengan meraih pingat individu dan berpasukan pada Kejohanan Remaja Eropah dari 2010 hingga 2013. Di bawah bimbingan keluarga dan jurulatihnya, Allen mula bersaing dalam acara Grand Prix ketika baru berusia 17 tahun dan menghuni tangga kelima dalam Kedudukan Dunia FEI semasa berusia 18 tahun.

Bertram Allen menunggang kuda

Terkenal dengan hubungan yang erat dengan kudanya, terutamanya Molly Malone V, kerjaya Allen terus meraih tangga teratas dalam acara CSI5* di seluruh dunia. Bersama kuda betina yang dipercayainya, beliau memenangi Grand Prix CSIO5* Ireland pada 2014 dan kedua-dua Rolex Grand Prix de Dinard dan CSIO5* Rolex Grand Prix Ville de la Baule pada tahun berikutnya, serta menduduki tempat ketujuh pada World Equestrian Games™ 2014 dan ketiga pada Peringkat Aakhir FEI Jumping World Cup™ 2015.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Allen telah mewakili Ireland pada Sukan Olimpik Tokyo, dan pada Kejohanan Masters CSIO Spruce Meadows edisi 2023, menduduki tempat ketiga dalam Grand Prix ‘Antarabangsa’ CPKC yang dibawakan oleh Rolex dan meraih kemenangan dalam Piala Negara-negara BMO.

Kemahiran serba boleh Allen terbukti merentas kedua-dua kelas kelajuan dan acara Grand Prix, manakala hubungan erat dengan kudanya, termasuk GK Casper dan Pacino Amiro, merupakan pendekatan uniknya terhadap sukan ini.

Bertram Allen menjadi Testimoni Rolex pada 2015.

Bertram Allen

Teruskan meneroka