Forum Shops, Suite B07B","addressLocality":"Las Vegas","postalCode":"89109","addressCountry":"Amerika Syarikat"},"geo":{"@type":"GeoCoordinates","latitude":36.12042619130957,"longitude":-115.17628217357176},"openingHoursSpecification":[{"@type":"OpeningHoursSpecification","dayOfWeek":["Monday","Tuesday","Wednesday","Thursday","Sunday"],"opens":"10:00","closes":"21:00"},{"@type":"OpeningHoursSpecification","dayOfWeek":["Friday","Saturday"],"opens":"10:00","closes":"22:00"}],"isRCPO":false}
Jam tangan baharu dan asli Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex. Mereka menjamin keaslian Rolex anda dan memastikan anda menikmati jaminan antarabangsa selama lima tahun.
Bimbingan pakar
Dengan ilmu, kemahiran dan pengetahuan teknikal yang diperlukan, Peruncit Rasmi Rolex adalah yang paling tepat untuk menerangkan perincian pelbagai model yang ada, memberikan penjelasan tentang semua aspek teknikal jam tangan kami dan membantu anda membuat pilihan yang akan kekal seumur hidup.
Kualiti yang tiada taranya
Kualiti ialah unsur yang sama sepanjang sejarah Rolex. Kualiti pada gerakan, pada penutup dan rantai, malah kualiti bagi perkhidmatan yang berkaitan dengan jam tangan. Falsafah Rolex diterjemahkan kepada piawaian kualiti yang tidak ada taranya. Obsesi terhadap kualiti ini didorong oleh falsafah yang tidak berbelah bahagi: kepuasan pelanggan. Di Rolex, pelanggan amat dititikberatkan dalam segala pertimbangan dan setiap proses.
Persediaan jam tangan anda
Sebelum anda beredar bersama jam tangan Rolex anda, Peruncit Rasmi Rolex anda akan membuat persediaan pada jam tangan untuk dipakai oleh anda. Mereka akan memutarkan jam tangan sepenuhnya, menetapkan masa, tarikh dan hari, menyemak fungsi dan mengesahkan keketatan putaran jam.
Melaraskan rantai
Peruncit Rasmi Rolex mempunyai kepakaran dan alatan untuk melaraskan rantai atau tali jam tangan anda kepada saiz yang sesuai bagi meningkatkan keselesaan anda. Bagi rantai logam, mereka boleh menambah atau membuang mana-mana sambungan yang diperlukan dan akan menyimpan sebarang sambungan berlebihan ke dalam kotak peragaan anda.
Kotak peragaan Rolex
Setiap jam tangan Rolex dipamerkan dalam kotak peragaan berwarna hijau yang menawan dan merupakan pelindung serta penjaga bagi permata yang tersimpan. Kotak peragaan turut menjadi satu simbol pemberian. Jika anda membeli sebagai hadiah, adalah penting bagi kami bahawa pandangan pertama penerima terhadap Rolex itu mencerminkan rahsia yang tersembunyi di dalam kotak tersebut.
Jaminan antarabangsa lima tahun
Untuk memastikan ketepatan dan kebolehpercayaan jam tangan, Rolex menghantar setiap jam tangan untuk menjalani satu siri ujian yang ketat selepas pemasangan. Keyakinan kami terhadap jaminan kualiti kami yang ketat membolehkan kami memberikan jaminan antarabangsa selama lima tahun untuk semua jam tangan Rolex baharu yang dibeli daripada salah satu Peruncit Rasmi jenama kami. Apabila anda membeli Rolex, Peruncit Rasmi akan mengisi dan mencatat tarikh pada kad jaminan Rolex yang memperakui ketulenan jam tangan anda.
Koleksi Rolex menampilkan jam tangan Klasik dan Profesional yang boleh didapati dalam pelbagai bahan, permukaan, rantai dan saiz untuk memenuhi semua pergelangan tangan dan pilihan.