Katamaran F50 berlumba pada Sail Grand Prix Kanada

Sail Grand Prix Halifax Kanada

Sail Grand Prix Kanada membawakan Rolex SailGP Championship, liga pelayaran terpantas di dunia ke Halifax, Nova Scotia dengan menyajikan latar yang memukau untuk perlumbaan berkelajuan tinggi.

Rakan Kongsi Pengasas sejak 2019 dan Rakan Kongsi Perdana
Katamaran berlumba semasa SailGP Halifax

Kota maritim yang unggul

Sebagai Rakan Kongsi Pengasas SailGP sejak 2019 dan Rakan Kongsi Perdana Rolex SailGP Championship, Rolex menyokong Sail Grand Prix Kanada yang diadakan di Pelabuhan Halifax, di sisiran tepian air bersejarah bandar tersebut. Acara ini menggabungkan ciri khas salah sebuah bandar maritim terkemuka di negara ini dengan kelajuan serta ketepatan katamaran kerajang F50 (50 kaki) yang seragam.

Perlumbaan sengit di Pelabuhan Halifax

Pelabuhan Halifax menyajikan suasana semula jadi ala stadium apabila perairan Lautan Atlantik yang dalam bertemu dengan laluan masuk pelabuhan yang terdedah kepada laut lepas. Keadaan lokasi di pesisir pantai ini mudah berubah dengan pantas, menjadikan laluan perlumbaan dramatik dan sukar dijangka. Corak perlumbaan juga boleh berubah dengan ketara antara setiap sesi dan menuntut setiap kru untuk menyesuaikan strategi sewajarnya.

Katamaran F50 berlumba menuju ke Pelabuhan Halifax
Pasukan Los Gallos SailGP mendahului armada katamaran SailGP F50 pada Perlumbaan Hari 2 Sail Grand Prix Kanada di Halifax

Laluan perlumbaan ini merangkumi kawasan Sisiran Tepian Air Halifax dan Pulau Georges, membawa kapal F50 ke kedudukan yang sangat dekat dengan para penonton di kedua-dua belah pelabuhan tersebut. Dengan barisan kapal berlumba berlatarkan bangunan bersejarah di sisiran tepian air, perairan Lautan Atlantik yang terbentang luas, serta langit yang sentiasa berubah, Halifax menggabungkan kehangatan perlumbaan SailGP dengan keunikan pantai timur Kanada yang tersendiri.

Rolex dan lumba layar

Belayar ke arah ufuk yang sama. Prestasi menjadi penentu.

Temui lebih lanjut