Syot dinamik sudut rendah memaparkan tiga kereta lumba vintaj bergerak bersebelahan di sepanjang litar asfalt yang disinari cahaya matahari semasa Rolex Monterey Motorsports Reunion

Rolex Monterey Motorsports Reunion

Setiap bulan Ogos, Rolex Monterey Motorsports Reunion mengubah Semenanjung Monterey, California menjadi sambutan perlumbaan bersejarah.

Penaja Perdana sejak 2010
Barisan kereta sukan vintaj sedang berlumba di sepanjang selekoh litar di hadapan sepanduk jenama Rolex berwarna hijau yang menonjol semasa Monterey Motorsports Reunion

Umpama muzium hidup yang bergerak

Rolex telah menyokong Reunion sejak tahun 2001, mengiktiraf usaha acara tersebut untuk memartabatkan warisan sukan permotoran dan memastikan setiap kenderaan benar-benar mewakili era masing-masing. Jenama ini memperkukuh sokongannya dengan menjadi Penaja Perdana pada tahun 2010.

Acara perlumbaan bersejarah tahunan ini diadakan di WeatherTech Raceway Laguna Seca di Monterey, California. Diasaskan pada tahun 1974, ini merupakan satu daripada acara terbesar dan paling berprestij sempena Minggu Kereta Monterey, perhimpunan tahunan yang turut merangkumi Pebble Beach Tour d’Elegance®, Quail, Perhimpunan Perlumbaan Motor, Pebble Beach Concours d’Elegance® dan acara automotif lain yang disukai ramai.

Memartabatkan warisan sukan permotoran global

Bukan sekadar pameran statik, Reunion mengajak pemilik kenderaan berlumba di litar untuk mengimbau semangat asal pembinaan jentera ini. Lebih 400 kereta bersejarah yang menepati zaman masing-masing diterima untuk bertanding setiap tahun, yang dipilih berdasarkan asal usul perlumbaan, keaslian dan ketulenan oleh jawatankuasa penasihat khusus yang terdiri daripada ahli sejarah dan pakar sukan permotoran. Digambarkan sebagai sebuah muzium yang hidup kembali, ini merupakan satu daripada beberapa acara yang jentera ikonik ini menjalankan fungsi yang sepatutnya – berlumba. Litar itu sendiri sungguh mendebarkan apabila pemandu perlu menuruni selekoh legenda, Corkscrew, umpama setinggi bangunan lima setengah tingkat, yang memberikan cabaran terunggul dalam sukan permotoran dan pemandangan yang menakjubkan.

Setiap edisi Reunion meraikan babak tersendiri dalam sejarah perlumbaan dengan memperlihatkan pengeluar, era dan inovasi yang telah membentuk sukan ini. Daripada kejayaan kejuruteraan perintis kepada era perlumbaan yang dominan, penggiliran tema ini menawarkan perspektif baharu serta menjulang legasi yang berkekalan.

Sebuah kereta lumba prototaip klasik berwarna merah hitam mendahului sedan BMW berwarna jingga hitam serta kereta lumba vintaj lain di selekoh litar berlatarkan logo mahkota Rolex berwarna hijau

Rolex dan sukan permotoran

Belayar ke arah ufuk yang sama. Prestasi menjadi penentu.

Temui lebih lanjut