Quail by The Peninsula, Perhimpunan Perlumbaan Motor merupakan acara terkemuka dalam Minggu Kereta Monterey yang menghimpunkan kereta yang jarang ditemukan, pengumpul dan peminat dalam suasana yang elegan.
Rolex telah bekerjasama dengan Quail sejak tahun 2005. Diadakan setiap tahun di halaman Kelab Golf Quail di Carmel, California, semasa Minggu Kereta Monterey, Quail diilhamkan sebagai alternatif intim bagi acara pertandingan tradisional yang menumpukan pengalaman hadirin dan penceritaan di sebalik kereta. Acara ini ditonjolkan dalam Siri Permotoran Peninsula, satu rangkaian perjalanan permotoran intim global bagi mereka yang menghargai seni pemanduan dan keseronokan penemuan.
Diasaskan pada tahun 2003 di Carmel Valley, California, Quail dimulakan sebagai alternatif yang diperhalus dalam Minggu Kereta Monterey yang lebih luas, yang menekankan keeksklusifan, ketukangan dan kesenian automobil. Acara ini mempersembahkan koleksi kenderaan bersejarah dan kontemporari yang dipilih dengan teliti, merangkumi kereta klasik sebelum perang dan kereta hiper moden, serta kelas bertema yang mengetengahkan pembuat, era atau pencapaian kejuruteraan tertentu, selalunya menumpukan ulang tahun peristiwa penting. Selain pameran automotif, para hadirin juga menikmati layanan mesra The Peninsula yang terkenal di dunia, termasuk hidangan gourmet, tawaran gaya hidup mewah dan suasana yang mencerminkan ketinggian status acara tersebut.
Quail turut merangkumi inovasi, dengan kategori yang dikhaskan untuk kenderaan elektrik dan kuasa alternatif, yang memperlihatkan masa hadapan mobiliti lestari.
Belayar ke arah ufuk yang sama. Prestasi menjadi penentu.
Temui lebih lanjut