Miranda Wang

Mengubah suai plastik

Miranda Wang merealisasikan satu dekad penyelidikan dan inovasi. Dengan sokongan Rolex, beliau berjaya membina kilang demonstrasi pertama seumpamanya yang mampu menukar plastik bernilai rendah kepada bahan berkualiti tinggi, satu pencapaian utama ke arah ekonomi kitaran plastik.


Plastik ialah satu daripada bahan penting pada zaman moden. Hari ini, plastik boleh direka bentuk untuk mencipta hampir semua produk seperti komponen di dalam kapal angkasa, bahan pembungkusan makanan ringan dan stoking. Akan tetapi, kualiti yang menjadikan plastik begitu mudah ditemukan: ketahanan, kekuatan, kefleksibelan dan kemampumilikan, juga telah menimbulkan satu masalah besar kepada manusia. Kebanyakan sisa plastik setakat ini tidak boleh digunakan semula. Kitar semula plastik secara tradisional hanya mampu menghasilkan produk berkualiti rendah daripada bahan asal dan kitaran ini terus berlaku. Pada masa ini, hanya sembilan peratus daripada ratusan juta tan plastik yang dihasilkan setiap tahun dikitar semula. Dianggarkan 52 juta tan plastik dilepaskan ke alam sekitar secara tidak terkawal, lantas merosakkan ekosistem, membahayakan hidupan marin dan membahayakan kesihatan manusia.

Miranda Wang
Miranda Wang