Membasmi malnutrisi
Misi usahawan sosial Felix Brooks-church adalah untuk membasmi malnutrisi. “Dosifier” miliknya, sebuah mesin yang mencampurkan nutrien penting ke dalam tepung pada kos yang minimum, menjangkau lebih 25 juta orang di seluruh Afrika Timur. Dengan sokongan Rolex, beliau kini mengembangkan operasi secara besar-besaran ke Ethiopia.
Felix Brooks-church mengasaskan bersama organisasi bukan berasaskan keuntungan, Sanku, dengan satu matlamat: untuk mengubah nasib jutaan insan dengan menyediakan nutrien penting yang tiada dalam pemakanan mereka. Selama lebih sedekad, Sanku telah memasang mesin dosifier di kilang di Tanzania dan Kenya untuk menyediakan dos mikronutrien penting yang diukur dengan tepat seperti besi, B12 dan zink ke dalam bijirin semasa proses pengilangan. Model perniagaan yang inovatif membolehkan mereka berbuat demikian pada kos yang minimum untuk Sanku, pengilang ataupun orang yang makan tepung, yang memerlukan mikronutrien.