Visi global
Pakar oftalmologi dan Pemenang Anugerah Rolex, Andrew Bastawrous mengasaskan Peek Vision untuk membawakan penjagaan mata kepada komuniti terpencil melalui teknologi telefon pintar dan alat kesihatan awam. Dengan sokongan daripada Inisiatif Planet Abadi Rolex, perusahaan sosial miliknya telah membolehkan berjuta-juta orang mendapat ujian mata yang terdapat di negara maju.
Baru-baru ini, Peek Vision yang ditubuhkan oleh Andrew Bastawrous ini telah meraikan peristiwa penting: Setiap hari, di seluruh dunia, beribu-ribu penyedia penjagaan kesihatan melawat komuniti setempat dan melakukan ujian mata berasaskan aplikasi khas. Pencapaian luar biasa ini bermula dengan cita-cita yang mudah: untuk memberikan ujian kepada orang yang tidak dapat mencapai ujian tersebut. Inisiatif Planet Abadi Rolex telah menyokong usaha Bastawrous untuk mengubah matlamatnya menjadi kenyataan.