Muka depan bangunan Rolex

Bangunan terunggul

Dengan pemahaman yang mendalam tentang keharmonian antara bentuk dan fungsi, Rolex menjalinkan hubungan rapat dengan arkitek terkenal yang telah ditugaskan untuk mereka bentuk bangunan jenama ini di seluruh dunia. Arkitek ini termasuk Michael Graves (Lititz Watch Technicum, Pennsylvania, AS), Fumihiko Maki (Bangunan Toyocho Rolex) dan pengetua SANAA Kazuyo Sejima dan Ryue Nishizawa (Pusat Pembelajaran Rolex untuk EPFL di Lausanne).

Pusat pembelajaran Rolex

Berteraskan kelestarian

Sama ada dalam menghasilkan jam tangan terbaik atau membina bangunan sendiri, Rolex mementingkan kelestarian. Dua daripada projek terbaru Rolex mempamerkan usaha berterusan jenama untuk menghasilkan seni bina mesra alam, inovasi berterusan, ketepatan dan penggunaan ruang yang cekap.

Bangunan Rolex, Dallas, Texas

Di Dallas, arkitek Jepun Kengo Kuma mereka bentuk menara pejabat tujuh tingkat yang menempatkan pusat jualan dan perkhidmatan Rolex. Menampilkan satu siri teres berpokok di setiap tingkat, bentuk dan kualiti persekitaran telah menetapkan penanda aras baharu di bandar tersebut. Karya lazim Kuma dengan reka bentuk unik dan persekitaran yang canggih menggunakan cahaya semula jadi, ruang dan permukaan termodulat secara halus.

Bangunan Rolex, Dallas

Ibu pejabat Rolex USA, New York

Di New York City, Sir David Chipperfield telah mereka bentuk semula ibu pejabat Rolex USA dan, katanya, “mewujudkan bangunan contoh yang sesuai dengan warisan dan budaya jenama Rolex”. Menara 25 tingkat yang bertindan dan berceranggah itu direka bentuk agar layak mendapat pensijilan Platinum LEED (Kepimpinan dalam Tenaga dan Rekaan Alam Sekitar), mewakili tahap tertinggi dari segi mesra alam dan penggunaan tenaga mampan.

Ibu Pejabat AS